Sunday, May 1, 2011

Cerpen ~ Kembara Kasih # 4

Kini aku menjalani kehidupanku keseorangan tanpa ditemani oleh Hairul. Hari-hari yang aku lalui tanpa insan yang bernama Hairul buat aku rasa perit sekali. Namunn semua itu berkurangan bila aku ditemani oleh sanak saudara di kampung atau bersiar-siar bersama teman-teman aku. Pada malam itu, kebetulan aku berada di rumah Zara, tiba-tiba saja telefon aku berbunyi. Tertera pada skrin nombor dan nama Hairul, hatiku melonjat gembira bila Hairul menghubungi aku.
"Hello! abang, abang apa khabar?" jawab aku dengan hati yang girang.
"Abang tak sihat sayang.. abang demam rindu kat Qis, kalau Qis ada kat sini taklah serius sangat demam abang ni" balas Hairul padaku sambil berseloloh.
"Yer ker? Alahai kesian nyer, harap-harap dapat call Qis ni demam rindu abang tu kebah cepatlah yer" usik aku pada Hairul sambil ketawa kecil.
"Abang serius ni sayang, dia main-main pula. Ker dah ada penganti kat sana tu?" cebik Hairul pada aku mula curiga.
"Isk!! Mana ada, I'm lonely ok. Qis kat rumah Zara sekarang ni." Nafi aku pada Hairul.
"Oh I see.. abang percaya pada Qis, erm.. tadi mama ada call abang bagitahu yang Qis selalu termenung sejak abangg tak ada ni, betul ker?" tanya Hairul pada aku.
"Hmm.. macam tu la kiranya, sebab tu Qis pergi rumah Zara atau teman mama abang kalau dia ajak keluar." jawab aku jujur.
"Bertuahnya badan dapat kekasih yang setia pada abang, abang janji abang tak cari orang lain selain Qis seorang" balasnya pada aku, aku hanya ketawa kecil dengan kata-kata Hairul. Sememangnya aku percayai diri Hairul.
*  *  *  *
Semester baru telah bermula, aku bersyukur peperiksaan akhir semester yang lalu amat cemerlang. Aku bersyukur kerana aku mendapat tempat yang terbaik di kolej, berita ini telah ku khbarakan kepada Hairul yang berada di UK. Hati dan perasaan ini menyambut kegembiraan kerana orang yang ku sayangi setiasa memberi semangat agar aku terus maju dalam pelajaran, terima kasih wahai kekasihku sesungguhnya aku akan berusaha lebih gigih lagi.
"Qis, boyfriend kau bila balik?" tiba-tiba Zahirul bertanya tentang Hairul.
"Kau ni tiba-tiba tanya pasal dia apasal?" aku bertanya tanda hairan.
"Saja nak tahu, pasal kau sekarang ni kira single ler tapi not available buat sementara waktu, so apa salahnya kalau aku jadi boyfriend sementara pada kau, apa macam best tak offer aku ni?" jelas Zahirul sambil ketawa kecil.
"Merepeklah kau ni Zahirul, jangan cari penyakit boleh tak" marah aku pada Zahirul.
"Alah bukan dia tahu kalau kau tak bagitahu" pujuk Zahirul.
"Aku tak berminat kau simpan jer ler niat suci engkau tu" balas aku sambil memerhati jam ditangan.
"Alah kau ni Qis jual mahal betul" kata Zahirul pada aku sambil menjeling. Tiba-tiba saja telefon bimbit aku berdering. Tertera pada skrin nama Hairul, segera aku menjawab panggilan tersebut tanpa menghiraukan Zahirul di sisi aku.

Selesai saja aku berbual dengan Hairul di talian, seperti biasa aku mengambil tempat dalam kelas. Terlihat Zahirul dan Salina rancak berbual, lalu aku menghampiri mereka berdua.
"Hey! korang berdua mengata aku yerk?" serga aku pada mereka berdua.
"Apa class nak ngata kat engkau cik kak oii.. bukannya artis popular macam Angelina Jolie tu" Balas Zahirul padaku sambil menjeling.
"Amboii merajuk ker kawan aku seorang ni Salina?" tanya aku memerli pada Zahirul.
"Apa lagi Qis, merajuk memanjang si Zahirul ni, bukan kau tak tahu angin satu badan" jawab Salina tergelak dengan telatah Zahirul.
"Alah Zahirul kau ni merajuk macam perempuan betul ler, mengalahkan perempuan tau. Kalau kau merajuk pasal aku tak layan kau tadi sorry ler yerk" pujuk aku pada Zahirul.
"Orang lain tu bercintalah juga tapi tak der ler macam kau ni Qis, lupa kawan huh!" tambah Zahirul semakin merajuk pada aku.
"Yer la tu aku salah ok, I'm sorry Zahirul please.." Pujuk aku lagi.
"Sorry naik lori ler cik kak oii" perli Zahirul pada aku.
"Amboii.. ok la kalau tak nak maafkan aku tak per ler aku blah dulu lah" bahasa aku pada Zahirul makin malas nak memujuk.
"Ok..ok..ok sorry-sorry aku maafkan hihi" balas Zahirul mula berala dengan aku.
"Tau takut aku marah" kata aku pada Zahirul sengaja mengertak.
"Iyer ler aku tahu."  balas Zahirul lagi.
*  *  *  *
Bersambung..