Sunday, September 25, 2011

Cerpen ~ Kembara Kasih # 5

II

Pada malam itu di ruang tamu aku sibuk membuat persiapan perkahwinan kakak aku, riuh renda dibuatnya. Mana taknya ini merupakan majlis besar yang dibuat dalam keluarga aku. Kakak yang bertemu jodoh 3 tahun lepas akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Aku turut gembira bila kakak bakal bergelar isteri orang tak lama lagi. Dalam suasana yang riuh rendah tiba-tiba Mak Kia orang yang paling kecoh dan kepoh dalam kampung aku tiba-tiba saja menyapa aku.
"Huh! Qis engkau bila lagi nak kahwin?" tanya orang tua itu pada aku.
"Isk! Mak Kia ni umur baru nak masuk 24 tahun awal lagi lah nak kahwin" jawab aku mula mengeluh dengan soalan sedemikian.
"Kahwin awallah yang baiknya, kau nak tunggu sampai bila lagi Qis?" tanya Mak Kia lagi.
"Hmm.. sampai putera dari kayangan turun kut" jawab aku berseloloh sahaja sambil ketawa kecil.
"Huh! kau tunggulah putera kayangan turun dari kayangan, aku nak tengok sampai bila kau nak tunggu tup-tup bulan depan tak pun tahun depan kad kahwin engkau sampai ke rumah aku siaplah kau Qis" tambah Mak Kia padaku lagi, semua yang ada ketika itu cuma ketawa dengan telatah Mak Kia. Aku pula hanya merenung kakak yang hanya tersenyum manis sambil menyiapkan kubahan bunga telur dengan penuh teliti.

Oh ya pasal cerita aku dan Hairul kini telah berakhir. Tapi segalanya telah berlalu, perpisahan kami berdua tidak di rancang malahan aku tidak ingin berpisah dengan Hairul namun atas desakan dan penjelasan Hairul aku terima dan telan dengan pahit. Perpisahan kami berdua memang tidak mendapat restu daripada kedua-dua pihak keluarga kami terutama sekali ibu Hairul yang menentang keras atas perpisahan tersebut. Aku tidak tahu atas sebab apa dan salah siapa menyebabkan perpisahan ini berlaku. Amat ku kesali bila perpisahan kami berdua dengan kehadiran bekas kekasih Hairul iaitu Suzira. Aku sedar akan diri ini pada Hairul kerana aku hanya orang yang kedua yang pernah Hairul cintai dan orang kedua  dalam hidupnya.
"Why we must to break up, I want you explain to me why?" tanya aku pada Hairul yang ketika itu dalam kekeliruan.
"Kita harus berpisah Qis kerana kita tak sehaluan" jawapan yang tidak masuk akal buat aku ketika itu.
"Tapi kenapa, apa salah Qis sampai Hairul ambil tindakan sebegini" balasku tidak mengerti.
"Sebenarnya Qis, abang dah ada orang lain yang boleh memberi kebahagian" jelas Hairul padaku lagi.
"Orang lain? Siapa?" tanya aku lagi.
"Qis kenal dia sangat kenal" jawab Hairul.
"Azzalea" terpancul daripada mulut ku menyebut nama tersebut. 
"Sejak abang bertemu dengan Azzalea 3 bulan lepas abang tidak boleh melupakannya, malahan cinta aku yang padam kini menyala semula. Abang tak boleh tipu diri abang Qis" balas Hairul pada aku.
"Selama ni cinta kita berdua bagaimana? selama ni pernahkah Qis khianati cinta kita?" tanya aku pada Hairul akan kedudukan cinta kami berdua.
"Abang tahu Qis tak pernah curang ataupun curiga pada abang tapi abang tak boleh teruskan hubungan kita sedangkan hati abang kini mula menyintai Azzalea. Kami akan bertunang tak lama lagi" jelas Hairul padaku, ketika itu hatiku hancur luluh bagai ditoleh oleh sembilu. Peristiwa itu membuat aku hampir hilang arah. Peristiwa itu berlaku setelah aku tamat pengajian diploma aku. Namun aku bersyukur kerana aku mendapat sokongan daripada keluarga aku sendiri.


Selepas peristiwa itu berlaku aku membawa diri keluar ke Semenanjung Malaysia untuk mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun dan sekali gus untuk melupakan insan yang bernama Hairul. Setelah beberapa tahun aku merantau di negeri orang aku kembali semula ke tanah air aku sendiri iaitu Sabah. Aku bekerja di salah sebuah bank yang terkemuka di bandar Kota Kinabalu.
*  *  *  *
"Apa adik akak fikirkan ni?" Sapa kak Amira yang kelihatan anggun. Al-maklumlah bakal nak jadi raja sehari tak lama lagi.
"Tak ada apa-apa kak" jawab aku sambil tersenyum melihat kak Amira.
"Akak tahu daripada air muka Qis pun akak dah tahu ni mesti ingat pasal dia lagi kan" tambah kak Amira pada aku, sememangnya aku dan kak Amira memang rapat.
"Tak ada ler kak, Qis cuma fikirkan kalau akak dah kahwin siapa nak borak dengan Qis lagi" balas ku pada kak Amira. Sememangnya aku menyembunyikan perasaan sebenar aku pada kak Amira.
"Qis akak tahu dan masak sangat dengan perangai Qis ni, sebenarnya adik akak ni ingat kan pasal ex-boyfriend kan" tambah kak Amira pada aku sambil tersenyum pada aku dan aku hanya tunduk tanpa sebarang kata.
"Entahlah kak Qis sendiri tak tahu apa yang Qis fikirkan ketika ini" akhirnya aku berterus terang.
"Qis, kalau Qis masih sayangkan dia kembalilah kepada dia" terkejut aku bila kak Amira berkata sedemikian.
"Isk!! Kan dia dah bertunang, entah-entah dah kahwin pun kak sekarang ni" jawab aku nafikan segalanya.
"Siapa kata dia dah kahwin dik oii, dia dah putus tunang. Sekarang ni dia cari Qis nak berbaik semula" jelas kak Amira pada aku pula.
"Buat apa cari Qis? Carilah orang lain, lagipun Qis tak akan terima dia kembali hati Qis ni cukup terluka bila dia sanggup buat Qis macam tu." Luah aku pada kak Amira. Sememangnya aku nekad untuk tidak menerima Hairul kembali dalam hidup aku lagi, cukup dengan apa yang berlaku sebelum ini memberi peringatan dan pengajaran buatku.
*  *  *  *
Semakin hari semakin dekat majlis perkahwinan kak Amira, aku pula sibuk melayan karena anak-anak saudara yang berkunjung ke rumah. Emak pula sibuk dengan kerja-kerja di dapur untuk persiapan majlis nanti. Kak Amira pula sibuk dengan menyiapkan biliknya. Petang itu keluarga Mak Long Limah bertandang di rumah untuk menghadiri majlis kahwin kak Amira. Pada mulanya aku tak berapa perasan dengan kehadiran Mak Long Limah, maklumlah kiri kanan anak saudara minta di layan terutama sekali Maisarah anak abang long aku yang asyik merengkek tak mahu berenggang dengan aku. Sehinggakan ada mata yang memerhaikan aku dari jauh. Namun itu semua aku tak hiraukan sangat kerana bagi aku semua itu perkara biasa dan sememangnya sering kali kita menjadi perhatian di dalam suasana sedemikian.
"Amboi Qis sibuk benar engkau melayan anak along engkau seorang ni, tak nak berenggang langsung dari engkau" sapa mak long Limah pada aku.
"Maaflah mak long, Maisarah ni asyik meragam jer kerja dia entah kenapa, terpaksa melayan dia seorang ni jer" balas aku ada mak long.
"Huh! Qis Amira dah nak kahwin yang engkau pula bila?" tanya mak long pada aku sememangnya sejak majlis kenduri kendara kat rumah aku ni asyik soalan bila nak kahwin saja aku akan terima.
"Alah mak long, hidup membujang tak puas lagi tu yang tak mahu kahwin lagi" jawab aku tergelak dengan jawapan aku sendiri.
"Kalau kau tak ada calon mak long boleh tolong carikan untuk kau Qis" balas mak long pada ku sambil tersenyum. Aku hanya membalas senyuman itu penuh makna.
"Alah mak long, Qis ni bukan apa, dia nak tunggu putera dari kayangan turun masuk meminang dia tu sebab tak kahwin lagi tu" celah abang long pada perbualan aku dan mak long.
"Isk! along ni kesitu pula dia" cebik aku pada abang long sememangnya suka menyakat aku dan mak long hanya ketawa dengan ungkapan abang long.
*  *  *  *
Hari yang ditunggu-tunggu oleh kak Amira telah tiba, ramai tetamu yang bertandang ke rumah. Kak Amira nampak lebih berseri pada hari itu aku pula turut tumpang gembira dengan kebahagian kak Amira. Pada malam majlis berinai aku mula sibuk dengan melayan tetamu yang hadir ke rumah. Aku ditugaskan bersama anak Mak Long Limah iaitu Putra. Kami bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut. Selain melayan tetamu kami juga menjadi penyambut tetamu selama majlis itu berlangsung. Putra nampak tenang sekali walaupun kelihatan letih. Selama Putra ada di rumah aku kami belum pernah bertegur sapa atau bertanyakan berita sesama sendiri. Namun aku tidak menafikan bahawa keadaan yang sibuk membuat kami lupa itu semua. Putra adalah sepupu aku sebelah ibu aku, namun kami tidaklah serapat seperti sepupuku yang lain. Cukuplah aku katakan bahawa kami jarang bertemu dan jikalau ada pun masa setahun sekali itu pun hari raya. Al-maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas. Sedang aku berehat menanti tetamu hadir, tiba-tiba terasa bahuku di sapa lembut.
"Hai.. baru kerja sidik dah penat ker cik adik kita ni?" kata Putra sambil tersenyum sinis padaku.
"Yang kau ni apahalnya pula?" tanya aku pada Putra. Bukan apa aku pada masa itu teramat penat dan letih berdiri nak membuat kerja lain, jadi masa yang ada dan terluang aku gunakan untuk sebaik mungkin untuk merehatkan badan aku yang dah naik lenguh.
"Saja nak tahu, lagipun banyak tetamu kat sana baru sampai jadi aku nak minta pertolongan daripada engkau ler" jawab Putra slumber pada aku.
"Isk!! bagi ler aku rehat sikit lagipun aku baru je layan tamu yang datang tadi, so kali ni  turn kau lah pula." balas aku pada Putra dalam keletihan.

"Amboi kalau semua orang nak rehat macam kau ni, alamatnyer self service ler tetamu yang datang ni cik Qis oii.." bebel Putra pada aku macam mak nenek. Segera aku bangun dari duduk malas untuk mendengar leteran daripada Putra. Menyampah aku melihat Putra dengan gayanya yang suka menyakitkan hati. Betul kata Filzah, Putra ni agak sombong suka cakap lepas, hmm.. memang sombong pun naik menyampah aku dengan perangai mengada-ngadanya itu.
"Qis kau ni apahal?" tanya Filzah pada aku.
"Tu huh! abang handsome kau tu buat aku sakit hati jer, baru nak ralex sikit dah nak mengarah orang" jawab aku pada Filzah sedikit geram.
"Kau kena hati-hati Qis, silap hari bulan kau yang terkena oleh dia tu" amaran Filzah pada aku sambil beredar dari situ. AKu hanya tercegat dan berfikir sejenak apa yang dimaksudkan oleh Filzah.
"Hai.. nak curi tulang lagi ker? kalau nak cari tulang kat dapur banyak Qis" sapa Putra dari belakang aku. Buat terkejut saja budak ni, nasib baiklah tak ada sakit jantung. Entah apa malang sungguh nasib aku kena kerja di  bahawa hantu ni, tapi silap aku juga kak Amira suruh jadi pengapit dia aku tolak pasal kata orang tua-tua sesapa yang jadi pengapit alamatnya akan kahwin cepat, tu sebab aku tolak awal-awal. Nasib badanlah katakan.
"Qis.. tolong tambahkan gulai kari ni" tu dia arahan daripada big bos aku iaitu encik Putra a.k.a golera.
"Baiklah bos" jawab aku tanpa banyak soal pada golera. Aku gelarkan Putra bapa golera sebab apa dia ni banyak sangat arahan dan juga muka dia tu macam golera. Marissa sepupu ku pernah memberitahu aku yang kononnya si Putra ni handsome macam penyanyi Aqasha tapi itu dulu masa mula-mula aku tak kenal tapi bila dah jumpa erm hampes.


Pada keesokan hari paginya seperti biasa aku akan bangun lebih awal dan bersiap sedia untuk memulakan kerja aku. Semasa aku melangkah hendak ke ruang tamu, tiba-tiba saja mata aku celik dengan segera bila melihat golera sedang membaca majalah serta mendengar radio station XFM. Ceh!! station radio kegemaran aku lagi tu, menyampah betul aku dibuatnya.
"Hai selamat pagi tuan puteri" sapa golera pada aku dengan ucapan selamat pagi.
"Pagi" jawab aku acu tak acu saja untuk menjawab.
"Amboi.. kasarnya menjawab dah lah tu muka masam macam cuka jer aku tengok" balas golera pada aku sambil tersenyum.
"Mana tak masam macam cuka bangung saja pagi ni, muka pertama aku tengok muka kau." jawab aku sambil menjeling.
"Iya ker? Setahu aku lah muka aku ni muka yang merindukan tau" balasnya sambil ketawa. Perasan muka macam golera ada hati mengaku muka tu muka yang merindukan, wek!! nak muntah aku mendengarnya.
"Elerr.. perasan! muka macam tempoyak tambah dengan golera ada hati kata muka dia tu muka yang merindukan.. Wek!! nak loya anak tekak aku ni mendengarnya." Kata aku padanya.
"Tak apa sekarang ni tak rindu tapi lepas ni pasti ada yang rindu kat aku, entah esok lusa dah mencari aku" balas Putra sambil matanya memerhati majalah ditangannya.
"Lah iyer ker? Erm.. rasanya kut perempuan gila jer yang akan rindu kat kau tu" balas aku sambil tergelak dan berlalu dari situ meninggalkannya sendirian.
"Tak apalah, sekurang-kurangnya ada yang rindu kat aku" balas golera sambil ketawa besar. Aku pula hanya tersenyum sendiri sambil menuruni anak tangga.
"Awal pagi ni Qis" sapa mak long pada aku dengan senyuman.
"Biasa jer mak long" jawab aku dengan senyuman kecil.
"Mak.. baju melayu saya mak dah sediakan ker?" Tiba-tba saja golera muncul didepan kami dengan muka bersahaja.
"Mak dah sediakan untuk kau Putra, pergilah bersiap nanti tak sempat pula nak bersarapan kalau lambat" jawab mak long pada golera dan beredar dari situ sambil menjeling ke arah aku yang dalam kebingungan, entah bila masa pula golera ni dari ruang tamu.
"Huh! Qis kau tu apa yang tercegat lagi pergi siap cepat banyak kerja kena buat hari ni" Tetiba saja golera memberi arahan kepada aku.
"Suka hati aku ler nak siap cepat atau lambat yang kau sibuk apasal? Bukan kau yang nak kahwin kakak aku yang nak kahwin, membebel pula pagi-pagi buta ni" balas aku pada golera sambil mataku memerhatikan kek dan kuih muih yang disediakan.
"Pagi buta kau kata, ni dah jam 8.30 pagi dah cik Qistina oii, tak lama lagi ada tetamu yang datang lain ler kalau kat KL tu" jawab golera sambil menyindir aku.
"Ish!! lebih-lebih pula golera ni, tau lah aku nak uruskan diri aku tak payah nak mengajar pula" balas aku terasa tersindir. Bukan apa aku baru saja balik dari KL setahun lalu, masa dan perbezaan hidup kat sini dan KL berbeza. Lalu aku berlalu dari situ tanpa berfikir panjang.
*  *  *  *
Bersambung..


*Azzalea : Kekal Abadi
Amira : Puteri/Ratu 
Maisarah : Ketenangan, nyaman, kemakmuran, kekayaan
Filzah : Belaian Jiwa 
Marissa : Seorang yg bersopan santun