Saturday, July 7, 2012

Cerpen ~ Kembara Kasih # 6

Tiap detik dan saat pasti ramai tetamu yang datang berduyun-duyun, tak cukup tangan dibuatnya. Suara kanak-kanak yang bermain menyemarakkan lagi suasana pada hari ini. Sementara golera itu pula aku tengok bukan main gembira bila ada peluang untuk berama mesra dengan tetamu yang hadir, naik menyampah pun ada dibuatnya. Tiba-tiba Filzah hadir disisiku.
"Hai! Qis nampak secocoklah aku tengok kau dan si Putra tu." Usik Filzah pada aku.
"Nak mampus ker apa engkau ni Filzah, aku tengok muka dia tu jer dah nak muntah, kau juga yang cakap dulu dia tu sombong" balas aku pada kenyataan Filzah sambil tangan aku bekerja dan menyusun setiap hidangan dan bunga perhiasan di meja hidangan.
"Memanglah tapi aku tengok dia tu hari ni handsome lah macam Aqasha" tambah Filzah lagi pada aku.
"Engkau ni rabun ker apa? aku tengok macam golera ada ler" balas aku pada Filzah sambil ketawa kecil.
"Mengumpat aku yer korang berdua ni?" Serga golera dari belakang kepada kami berdua.
"Tak ada ler, kita orang cerita pasal benda lain" Backup Filzah pada aku.
"Iyer ker? aku dengar tadi macam ada orang sebut-sebut nama aku ni?" tanya golera lagi.
"Hello.. hello, tolong sikit tak ada masa nak sebut nama kau tu okey! Perasan!!" Cebik aku dan beredar dari situ.
*  *  *  *
Jam ditangan aku menunjukkan 2.30 petang, rombongan pengantin lelaki hampir tiba. kak Amira kelihatan anggun dengan busana yang menjadi idamannya selama ini. Kejelitaan kak Amira terserlah dengan solekan dan busana yang dipakai, selama ni kak Amira tak pernah menampakkan kecantikannya itu. Pasti siapa yang memandang pasti akan terpukau kelak.

Tiba-tiba saja paulan kompang kedengaran, ini bermakna rombongan pengantin lelaki dah tiba. Aku melihat ke arah cermin tak silap lagi pihak lelaki telah tiba. Wah!! Bukan main segak dan tampan lagi abang ipar aku ni, muka macam Hairi Othman, patutlah selama ni kakak kata muka abang Johan Macam Hairie Othman. Semasa kedua-dua pengantin disandingkan di pelamin, aku melihat wajah kak Amira begitu ceria dan menawan sekali. Bangga gila aku memiliki seorang kakak yang jelitawan. Tiba-tiba..
"Seronoknya tengok orang bersandingkan" sapa golera pada aku.
"Iyer ker? Kalau macam tu cepat-cepatlah kahwin" balas aku selamber.
"Bukan tak nak kahwin, tapi orang tu jual mahal sangat" jelas golera sambil tersenyum sinis. Aku mula tak senang duduk dengan situasi tersebut.
"Alah kau tu jer yang bagi harga rendah sangat. Sekarang ni zaman IT dan wanita sekarang ni berkerjaya." Perli aku pada golera membalas senyuman sinisnya.
"Kalau macam tu, Awak jer lah yang kahwin dengan saya" kata golera dengan selamber.
"Tak malu muka macam golera ada hati nak kahwin dengan kita, perasan!" balas aku sambil mata aku asyik melihat pasangan pengantin.
"Muka golera ni jugalah yang akan jadi teman hidup awak nanti Qis" kata golera sambil tersenyum. Aku hanya membatukan diri, bukan apa malas nak layan lebih-lebih nanti menjadi pula golera ni. Aku mula memerhatikan emak yang begitu gembira sekali pada hari ini. Tak sangkah emak terima menantu lagi buat kali kedua selepas kak Syahira isteri abang loang Rizman.
*  *  *  *
Bersambung..