Monday, November 22, 2010

Cerpen ~ Cinta Amani #2

Tengah hari itu Amani kelihatan sedikit tergesa-gesa masa menunjukkan hampir 2.30 petang, ada mata yang memandang dari jauh. Entah kenapa hari itu Amani terasa banyak sangat kerja dan hampir terlupa waktu solatnya.
"Hai Amani kelam kabut jer engkau ni aku tengok?" sapa Farhana kepada Amani
"Aku kena siapkan bahan untuk mesyuarat petang ni" jawab Amani cuba menenangkan dirinya.
"Erm!! patutlah sibuk semacam engkau, ada apa-apa yang aku boleh tolong" balas Farhana kepada Amani cuba memberikan pertolongan.
"Boleh juga, nak minta engkau tolong aku binding kan kertas kerja ni, aku tak sempatlah nak pergi solat jap" kata Amani sambil menghulurkan bahan tersebut kepada Farhana.
"Ok no problem." Jawab Farhana cuba membantu seadanya.
"Lepas tu tolong berikan pada En. Aryan yer" tambah Amani lagi.
"Baiklah cik Amani" balas Farhana tersenyum kecil melihat gelagat Amani dalam keadaan kelam kabut itu.

"Amani mana kenapa awak yang hantar proposal ni?" tanya Aryan kepada Farhana.
"Maafkan saya En. Aryan dia pergi solat, lagipun dia tak sempat nak hantar jadi dia minta saya tolong hantarkan pada En. Aryan." Jawab Farhana menjelaskan perkara sebenar. Aryan hanya mendiamkan diri bila mendengar penjelasan itu.
"Ok awak boleh keluar, nanti kalau Amani ada minta dia jumpa saya" balas Aryan sambil berpesan kepada Farhana.
"Baik En. Aryan" jawab Farhana dan beredar dari situ. Entah hati Aryan sejuk bila mendengar Fahanah mengatakan Amani solat. Ada apa sebenarnya dengan Amani? Setiap kali dia bertentang mata atau bersama Amani atau memandang Amani hatinya sejuk teramat sangat seolah memberi kedamaian dihatinya.

"Amani.. En. Aryan nak jumpa engkau" pesan Farhana.
"Nak jumpa aku napa pulak ni?" tanya Amani sedikit gusar.
"Entah! dia pesan macam tu jer tadi, aku tengok dia memang nak engkau jer buat kerja dia Amani tak nak orang lain" jawab Farhana perasan akan perubahan boss mereka itu yang sememangnya hanya mahukan Amani sahaja melakukan tugas-tugasnya itu.
"Isk!! banyak lagi orang lain bukan aku seorang jer" kata Amani sedikit kurang selesa situasi tersebut dan berlalu dari situ terus ke bilik Aryan.

'Tok..tok..tok..'
"Masuk" jawab Aryan dari dalam pejabatnya.
"Assalamualaikum En. Aryan.. Farhana kata En. Aryan nak jumpa saya" Balas Amani lemah lembut dan memberi salam.
"Walaikumsalam.. yer duduk." jawab Aryan menjawab salam daripada Amani, Amani menurut arahan.
"Amani minggu depan saya akan ke Melaka ada mesyuarat di sana, so saya nak awak ikut saya untuk ambil setiap minit mesyuarat yang akan berlangsung di sana nanti" Aryan memulakan bicara antara dia dan Amani.
"Erm.. tak de orang lain ke boleh pergi En. Aryan?" tanya Amani kepada Aryan.
"Kenapa?" tanya Aryan semula.
"Tak de apa-apa En. Aryan." Jawab Amani serba salah.
"Saya percayakan awak dan saya tahu awak seorang pekerja yang berdedikasi, sebab tu saya pilih awak" balas Aryan kepada Amani. Amani hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan daripada Aryan itu.

Bersambung..
* Farhana : Yang Riang Gembira

No comments:

Post a Comment