Thursday, December 30, 2010

Cerpen ~ Cinta Amani #5

Bicara saat ini aku merindu
Seraut wajahmu... oh! sayang ku
Ternyata hanya dulu indah bicara
Dan gurau tawamu di hatiku
Walau seiring sekata
Namun terpisah haluan berbeza antara kita
Kini aku sendiri sendiri lagi
Mengapa ku disiksa sebegini
Kau bagiku penawar duka
Bila ku berduka kau senantiasa
Bersamaku setiap waktu
Kasih ku kau pergi jauh dari sisi
Ku kehilangan mu tanpa ku sedari
Aku kini sebagai teman biasa
Namun ku doakan kebahagian dirimu
Sayangku...
Biar apa terjadi namun aku sendiri
Mengapa ku disiksa sebegini 

Aryan termenung sendiri ketika memerhati setiap helaian dokumen dihadapannya, padangan kosongnya itu seolah tiada bermakna, di fikirannya ketika ini memikirkan seorang gadis yang benar-benar mencuri hatinya. Ah!! kenapa dia bukan orang lain? monolog Aryan sendirian. Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya di buka, hadir sebuah senyuman menjadi penawarnya ketika itu.
"En. Aryan.. ini ada dokumen yang perlu En. Aryan semak" kata Amani sambil menyerahkan dokumen tersebut kepada Aryan.
"Kenapa masuk tak ketuk pintu?" Tanya Aryan sedikit berkerut. Amani jadi serba salah sebelum masuk dia telah mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Maafkan saya En. Aryan tapi saya da ketuk sebelum masuk tadi" jawab Amani sedikit ketar.
"Ye ker? mungkin saya tak dengar" balas Aryan melembutkan ayatnya.
"Kalau tak ada apa-apa, saya nak sambung buat kerja" kata Amani meminta diri dan Aryan hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dia menolog sekali lagi.. biar betul ada bunyi ketukan pintu tadi atau aku mengelamun jauh?? fikiran Aryan celaru.

Tengah hari itu, Aryan keluar dari bilik pejabat nya menuju ke meja kerja Amani. Terdetik dihatinya utk mengajak Amani keluar makan tengah hari bersamanya.
"Amani awak dah lunch?" Sapa Aryan dan bertanya.
"Belum lagi, saya tengah siapkan draf kertas kerja Menara Berhad ni" jawab Amani tenang.
"Tinggalkan dulu, teman saya lunch tengah hari ni" balas Aryan mengajak Amani.
"Erm.. tak pe ker En. Aryan?" tanya Amani sedikit keberatan.
"Kenapa awak tak sudi ke atau awak takut?" jawab Aryan dan bertanya semula.
"Tak.. bukan macam tu cuma saya segan" balas Amani ketar.
"Jom lah saya belanja.. bukan senang nak dapat saya belanjar orang makan tengah hari" kata Aryan sedikit menujuk kepada Amani dan Amani akur dan menuruti kehendak Aryan.

Setiba saja mereka di sebuah restoran dan membuat pesanan Aryan memulakan bicara bersama Amani, mungkin ini caranya untuk mengetahui lebih rapat lagi tentang gadis itu.
"Amani awak sebelum ni awak belajar kat mana?" Tanya Aryan
"Saya belajar kat kolej swasta jer En. Aryan ambil jurusan Pengurusan Pentadbiran" jawab Amani jujur.
"Erm.. menarik course tu, so ini pengalaman pertama awak berkerja ker?" tanya Aryan lagi.
"Tak" jawab Amani sepatah.
"Tak?? Maksud awak sebelum ni pernah bekerja tempat lain?" tanya Aryan lagi, tetapi Amani hanya mendiamkan diri enggan untuk menjawab. Melihat situasi itu cepat-cepat Aryan mengambil tindakan.
"Sorry kalau saya tanya hal sedemikian pada awak" Aryan memohon maaf.
"Tak per" jawab Amani cuba mengawal perasaannya itu. Lalu makanan yang dipesan tiba di meja makan mereka berdua dan nikmati hidangan tersebut.

Bersambung..

Wednesday, December 8, 2010

Cerpen ~ Cinta Amani #4

Selepas saja solat isyak Amani termenung sendirian, memikirkan soal kehidupan akan datang entah ada kalanya dia terasa sunyi sekali mungkinkah dia tidak berteman atau sebaliknya. Namun hatinya masih belum dibuka untuk mana-mana lelaki lagi kerna takut untuk menghadapi kegagalan sekali lagi. Bukan setakat itu sahaja luka yang lama itu masih belum sembuh sepenuhnya lagi. Sedalam mana pun luka ini, belum tentu penawarnya mujarab untuk kesakitan yang ditanggung oleh diri ini, biarlah ku serah kepada DIA yang maha mengetahui segala-galanya.
*  *  *  *
Pagi itu Aryan datang ke pejabat awal sekali, mujur tak ada lagi staff yang sampai ketika itu sempat lagi dia datang ke meja Amani dan meletakan sekotak coklat untuk gadis itu. Ingin benar dia melihat reaksi Amani apabila melihat kotak coklat tersebut, lalu Aryan berlalu dari meja Amani takut-takut akan ada orang melihat kelibatnya di situ.

Jam menunjukan jam 8.30 pagi kebanyakan pekerja telah masuk ke pejabat, Amani sedikit lewat pagi ni jalan begitu sesak sekali, mujurlah syarikat tempat dia bekerja tu memahami situasi semasa. Sebaik saja tiba di ruang meja kerja dia, Amani terpandang kepada kotak coklet di atas mejanya.
"Siapa pula yang buat lawak pagi-pagi ni?" Amani monolog sendiri.
"Kenapa ni?" sapa Farhana kebetulan lalu dihadapan meja Amani.
"Tahu siapa yang bagi?" Tanya Amani kepada Farhana.
"Tak.. tak ada nama pengirim ker?" jawab Farhana dan bertanya.
"Sebab tu aku tanya engkau cik Farhana" Balas Amani kepada Farhana.
"Secret admire ler tu" kata Farhana mengusik.
"Isk!! mana ada secret admire, buat lawak betul pepagi macam ni" balas Amani memuncungkan bibirnya.
"Alah dulu memang tak ada tapi sekarang ni dah ada cik Amani oii" tambah Farhana ketawa kecil.
"Hmm.. tak gentelman betul orang yang letak macam ni" balas Amani sambil melabuhkan badannya ke kerusi.
"Bukan tak gentelman cuma dia nak buat suprise kat engkau, terimalah hakikatnya" tambah Farhana lagi. Amani mati kutu hendak menjawab. Sementara itu Aryan yang memerhati dari jauh hanya tersenyum kecil melihat gelagat Amani.

Bersambung..

Tuesday, December 7, 2010

Cerpen ~ Cinta Amani #3

Petang itu sebaik saja mesyuarat selesai, Aryan menarik nafas panjang sambil melihat ke arah Amani yang sentiasa nampak tenang.
"Semua kerja dah selesai.. Malam ni saya belanja awak dinner okey" kata Aryan kepada Amani dan Amani hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju. Bagi Aryan mengenali Amani adalah satu rahmat buat dirinya. Aryan Sentiasa tenang dan senang hati bila Amani berada disisinya.

Malam itu, seperti yang dijanjikan Aryan dan Amani makan malam bersama, Aryan merenung Amani di hadapannya, seolah pandangan itu tidak mahu dilepaskan, pelbagai soalan bermain difikirannya ketika itu. Ingin saja dia tanyakan satu persatu.
"Saya tengok awak ni nampak tenang saja, macam tak ada masalah" Aryan memulakan bicara mereka malam itu.
"Semua orang punya masalah En. Aryan, cuma dari diri kita sendiri saja nak handle macamana sebenarnya." Jawab Amani berhati-hati mengeluarkan kata-kata.
"Tapi awak ni lain, sentiasa tenang seolah tak ada masalah langsung" balas Aryan lagi.
"Kenapa En. Aryan cakap macam tu?" Tanya Amani sedikit hairan.
"Saya tengok awak sentiasa tenang bila hadapi masalah pun awak relax tak macam orang lain gelabah, kelam kabut" Jawab Aryan kepada Amani.
"Setiap perkara tu kita kena mulakan dengan doa, moga apa yang kita buat tu sentiasa diberkati En. Aryan" balas Amani tersenyum memandang Aryan. Senyuman itu sememangnya dinantikan oleh Aryan. Entah baginya senyuman Amani itu penawar segala dukanya itu.
"Awak tahu awak sentiasa buat saya rasa tenang Amani" luah Aryan rasa perasaannya itu kepada Amani. Amani tergamam seketika dengan kata-kata itu.

Bersambung..

Monday, November 22, 2010

Cerpen ~ Cinta Amani #2

Tengah hari itu Amani kelihatan sedikit tergesa-gesa masa menunjukkan hampir 2.30 petang, ada mata yang memandang dari jauh. Entah kenapa hari itu Amani terasa banyak sangat kerja dan hampir terlupa waktu solatnya.
"Hai Amani kelam kabut jer engkau ni aku tengok?" sapa Farhana kepada Amani
"Aku kena siapkan bahan untuk mesyuarat petang ni" jawab Amani cuba menenangkan dirinya.
"Erm!! patutlah sibuk semacam engkau, ada apa-apa yang aku boleh tolong" balas Farhana kepada Amani cuba memberikan pertolongan.
"Boleh juga, nak minta engkau tolong aku binding kan kertas kerja ni, aku tak sempatlah nak pergi solat jap" kata Amani sambil menghulurkan bahan tersebut kepada Farhana.
"Ok no problem." Jawab Farhana cuba membantu seadanya.
"Lepas tu tolong berikan pada En. Aryan yer" tambah Amani lagi.
"Baiklah cik Amani" balas Farhana tersenyum kecil melihat gelagat Amani dalam keadaan kelam kabut itu.

"Amani mana kenapa awak yang hantar proposal ni?" tanya Aryan kepada Farhana.
"Maafkan saya En. Aryan dia pergi solat, lagipun dia tak sempat nak hantar jadi dia minta saya tolong hantarkan pada En. Aryan." Jawab Farhana menjelaskan perkara sebenar. Aryan hanya mendiamkan diri bila mendengar penjelasan itu.
"Ok awak boleh keluar, nanti kalau Amani ada minta dia jumpa saya" balas Aryan sambil berpesan kepada Farhana.
"Baik En. Aryan" jawab Farhana dan beredar dari situ. Entah hati Aryan sejuk bila mendengar Fahanah mengatakan Amani solat. Ada apa sebenarnya dengan Amani? Setiap kali dia bertentang mata atau bersama Amani atau memandang Amani hatinya sejuk teramat sangat seolah memberi kedamaian dihatinya.

"Amani.. En. Aryan nak jumpa engkau" pesan Farhana.
"Nak jumpa aku napa pulak ni?" tanya Amani sedikit gusar.
"Entah! dia pesan macam tu jer tadi, aku tengok dia memang nak engkau jer buat kerja dia Amani tak nak orang lain" jawab Farhana perasan akan perubahan boss mereka itu yang sememangnya hanya mahukan Amani sahaja melakukan tugas-tugasnya itu.
"Isk!! banyak lagi orang lain bukan aku seorang jer" kata Amani sedikit kurang selesa situasi tersebut dan berlalu dari situ terus ke bilik Aryan.

'Tok..tok..tok..'
"Masuk" jawab Aryan dari dalam pejabatnya.
"Assalamualaikum En. Aryan.. Farhana kata En. Aryan nak jumpa saya" Balas Amani lemah lembut dan memberi salam.
"Walaikumsalam.. yer duduk." jawab Aryan menjawab salam daripada Amani, Amani menurut arahan.
"Amani minggu depan saya akan ke Melaka ada mesyuarat di sana, so saya nak awak ikut saya untuk ambil setiap minit mesyuarat yang akan berlangsung di sana nanti" Aryan memulakan bicara antara dia dan Amani.
"Erm.. tak de orang lain ke boleh pergi En. Aryan?" tanya Amani kepada Aryan.
"Kenapa?" tanya Aryan semula.
"Tak de apa-apa En. Aryan." Jawab Amani serba salah.
"Saya percayakan awak dan saya tahu awak seorang pekerja yang berdedikasi, sebab tu saya pilih awak" balas Aryan kepada Amani. Amani hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan daripada Aryan itu.

Bersambung..
* Farhana : Yang Riang Gembira

Sunday, November 14, 2010

Cerpen ~ Cinta Amani #1

Senja petang itu kelihatan begitu mendamaikan ada cerita disebalik kedamaian itu ada jiwa yang memendam rasa menahan kepiluan hatinya ketika itu. Bukan mudah buat diri aku ketika ini melawan harus, melewati hari-hari yang mendatang. Tabahkah aku melangkah seorang diri tika ini kehilangan segalanya. Ya Allah andai kata aku tidak berdaya belum tentu aku mampu melawan semua ini pasti aku tewas dalam tangan syaitan durjana.

Melangkah perlahan Aryan menuju ke bolkoni rumahnya melihat senja petang semakin kelam, matahari makin terbenam di sebalik awan. Matanya semakin kuyu melihat kebesaran Maha Pencipta. Inilah kehidupan sebenarnya, inilah ujian keatas aku atas apa yang berlaku. Baru seminggu Aryan kehilangan orang yang paling disayanginya pemergian Suria dalam hidupnya membuat dia hilang semangat dan hilang arah kehidupannya itu.

Sebulan berlalu..
"Welcome back Aryan.." Sapa Yusri kepada teman sekerjanya itu yang baru sahaja kembali bertugas.
"Thanks Yus" jawab Aryan tenang.
"Harap engkau tabah mengharungi kehidupan ini" nasihat temannya itu.
"Ya aku cuba untuk melupakan segalanya." Jawab Aryan sedikit sedih.
"Mulakan yang baru Aryan kehidupan ini masih panjang" balas Yusri, tiba-tiba mata Aryan terpaku pada seseorang menarik perhatian matanya.
"Siapa tu? tak pernah nampak pun sebelum ni?" tanya Aryan kepada Yusri.
"Staff baru, secretary untuk engkau" jawab Yusri tersenyum nakal.
"Owh!!" Aryan hanya memandang sahaja.
"Selamat pagi En. Yusri, ini dokumen yang encik minta kelmarin petang" sapa Amani kepada Yusri sambil menyerahkan sebuah fail kepadanya dan Yusri menyambut baik fail tersebut.
"Oh! ya Amanai kenalkan yang ni En. Aryan bos awak" perkenal Yusri kepada Amani.
"Selamat pagi En. Aryan, selamat kembali bertugas" Amani memyapa lembut pada Aryan sambil memberi senyuman lembut buat Aryan. Aryan hanya menganggukan kepala dan membalas senyuman itu.
"Kalau tak ada apa-apa lagi Yus aku nak mulakan kerja dulu" Aryan memohon diri untuk memulakan tugasannya.
"Sure" balas Yusri.
*  *  *  *
Malam itu, Aryan seolah-olah terpukau oleh keayuan yang dimiliki oleh Amani, gadis yang sederhana nampak manis dengan tudung senyuman yang tak pernah lekang dibibir. Kenapa sering kali aku memandang dirinya membuat aku rasa tenang selalu? Apa yang ada dihatinya sebenarnya? Aryan monolog sendirian. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, lantas tangannya menekan butang pada telefonnya itu.
"Hello.." jawab Aryan.
"Hey!! whats up duke" balas Yusri pada Aryan.
"Engkau Yus, Apahal call aku malam-malam ni?" tanya Aryan kepada temannya itu.
"Saja nak tanya khabar engkau, kau ok ker?" jawab Yusri bertanya semula.
"Aku ok jer" balas Aryan tenang.
"So kau buat apa sekarang ni?" tanya Yusri lagi.
"Tak der buat apa pun aku baru nak masuk tidur" jawab Aryan mula terasa mengantuk.
"Ok lah jumpa esok kat office esok" Yusri mengakhiri perbualan mereka pada malam tu.

Sebulan berlalu..
"Buku apa tu?" tanya Aryan kepada Amani ketika itu tengah asyik dengan membaca sebuah buku.
"Erk! En. Aryan.. boleh saya bantu?" jawab Amani sedikit terkejut dengan kehadiran Aryan ketika itu.
"Saya tanya awak baca buku apa?" tanya Aryan lagi.
"Buku 'Jangan Bersedih' En. Aryan" jawab Amani sedikit gugup.
"Oh! boleh saya pinjam?" tanya Aryan seolah berminat dengan buku tersebut.
"Ermm!! boleh ambil ler dulu" jawab Amani sambil menyerahkan buku tersebut.
"Tak apa awak baca dulu bila dah abis baca saya pinjam." Balas Aryan menolak dengan baik dan Amani hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Bersambung..

* Aryan : Bermaksud Kekuatan Penuh
* Amani : Cita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku
* Yusri :  Kesenanganku