Saturday, April 16, 2011

Cerpen ~ Kembara Kasih # 1

I
Dikala aku perhatikan setiap pasangan yang bersiar-siar di sekitar taman, aku terkenangkan kisah silam aku suatu ketika dahulu, aku jua seperti begitu. Hairul Anuar satu nama yang pernah bertaktah didalam hati ini suatu ketika dahulu. namun ketika itu aku masih mentah untuk mengenali erti cinta yang sebenar. Aku begitu bahagia bersama Hairul dimana aku menganggap dia sebagai pelindung dan orang yang paling aku sayangi dan cintai. Saat pertemuan aku dan Hairul ketika itu masih segar dalam ingatanku, daripada seorang adik angkat kepada seorang sahabat sehingga aku menjadi seorang kekasih kepada insan yang bernama Hairul Anuar.

Ternyata aku silap menilai setiap permata yang berkilauan itu rupanya kaca, hingga aku lupa bahawa aku telah memesongkan mata hati aku ini seharusnya mendahului DIA sebagai pencipta yang hakiki.
*  *  *  *
"Qis kau terima ke si Hairul tu jadi boyfriend kau?" tanya Zara pada ku, ketika itu aku bermalam di rumah Zara yang merupakan sepupu ku.
"Entahlah aku tak tahu dan aku tak fikir semua tu lagi" jawab aku dalam kekeliruan sama ada untuk menerima Hairul dalm hidup aku ketika ini.
"Alah kau terimalah dia tu, lagipun dia tu baik tak ada cacat celanya aku tengok" tambah Zara pada ku lagi. Ketika itu aku masih belum boleh menerima mana-mana lelaki dalam hidup aku kerna aku baru saja kehilangan insan yang paling aku sayangi Fairuz. Seorang insan yang amat aku sayangi dan ku hormati. Namun Tuhan lebih menyayangi dirinya disebabkan penyakit Lukimia dan aku pasrah atas segalanya.
"Aku faham keadaan kau sekarang ni Qistina tapi sampai bila kau nak biarkan perasaan kau tu yang tidak berkesudahan." nasihat Zara pada ku lagi, sesungguhnya Zara adalah orang yang paling memahami keadaan aku ketika ini.
"Aku perlukan masa Zara untuk tenangkan fikiran aku ni, sukar untuk aku melupakan Fairuz, insan yang benar-benar menyayangi aku selama ini." luah aku pada Zara akan sebenar perasaan aku ini.
"Terpulang pada kau Qis, bagi aku Hairul tu lebih baik dan sempurna pada mata aku" tambah Zara lagi. Aku tahu Hairul amat sempurna pada mata setiap gadis, namun bayangan Fairuz masih lagi menghantui aku. bagi aku Fairuz adalah segala-galanya, namun apakan daya Tuhan lebih menyanyangi dia insan yang menjadi rebutan setiap gadis.

"Hai! Qis apa khabar?" sapa Hairul pada aku, ketika itu aku berada di rumah Zara yang ketika itu sedang mengadakan parti hari lahirnya yang ke-18, pada masa yang sama Hairul dan adiknya Hisyam juga menjadi tetamu pada malam itu.
"Khabar baik" jawab aku terhenti daripada lamunanku sendiri.
"Termenung jauh nampak, terkenangkan siapa?" tanya Hairul padaku lagi dengan senyuman.
"Tak ada apa biasa jer" nafi aku dan mula naik gelisah dengan kehadiran Hairul disisi aku.
"Erm.. tapi kenapa nampak sedih dan tak ceria seperti dulu" Hairul cuba perangkap aku dengan penyataannya itu. Aku membatukan diri.
"Yang dah pergi tu biarkanlah, relakanlah pemergiannya Qistina,.. give me opportunity to fill empty space in your heart" Hairul cuba merayu padaku. Aku tergamam bila dia berkata sedemikian. Besar sungguh pengharapanmu pada ku. Namun berikanlah aku sedikit ruang dan masa untuk menenangkan fikiranku yang masih lagi dihantui oleh kenangan silam aku bersamanya.
"Just leave me alone for a while, I need a time" hanya itu yang mampu aku lafazkan buat masa itu dan beredar dari situ.
"Qis.. demi cintaku padamu, aku sanggup tunggu walaupun pahit bagi aku akan ku terima semuanya. Percayalah cinta aku ikhlas dan sejujurnya untuk dirimu Qistina" balas Hairul dengan harapan yang begitu tinggi.
*  *  *  *
Hari demi hari, bulan berganti bulan aku akhirnya menerima sinar cinta dari Hairul. Saat bahagia itu aku semadikan dalam memori yang sukar aku kikiskan. Kami diibaratkan seperti merpati dua sejoli, ke mana saja pasti bersama. Bagi Hairul pula dialah insan yang paling bertuah memilik cintaku. Selepas ditinggalkan kekasihnya 2 tahun lalu, Hairul menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana gadis dihatinya. Namun semuanya telah berubah bila bertemu denganku. Segala-galanya berubah dan Hairul begitu nekad untuk memiliki aku.

Pada hujung minggu itu, seperti biasa aku dan Hairul akan keluar bersama. Destinasi kami pada hari itu Tanjung Aru Beach Resort. Saat itu aku masih lagi mengingati saat yang paling bahagia dimana Hairul melafazkan ucapan cinta dan janji sumpah setianya kepada aku. Saat itu aku rasakan dunia ini milik aku seorang dan aku abadikan dalam kamar saunbariku untuk kenangan akan datang.
"Qis.. abang bahagia bersama Qis. Terus terang abang ucapkan bahawa Qis segalanya buat abang" lafaz Hairul padaku.
"Really?" aku cuba persoalankan kejujuranya.
"Ya abang tak tipu, selama ni pernahkah abang tak jujur pada Qis?" jawab Hairul menyoal aku.
"Tak.. tapi orang lelaki ni bukan boleh percaya seratus peratus" balas aku sambil ketawa kecil. Hairul memerhati aku sinis seolah ada sesuatu yang ingin dia luahkan. Perlahan dia menghulurkan tangannya padaku sambil meletakkan sebentuk cincin pada telapak tanganku. Aku terkudu seketika melihat apa yang terletak pada tapak tanganku.
"Mungkin cincin ini bukan nilai sebenar cinta abang pada Qis tapi keikhlasan cinta abang yang ingin abang berikan pada Qis" tambah Hairul membuat aku terharu dengan kata-katanya itu.
"Qis tak boleh terima cincin ni, ia terlalu mahal buat Qis" aku menolak secara baik dan tidak berniat untuk melukakan hatinya.
"Anggaplah ini hadiah abang buat Qis tanda cinta abang buat Qis dan abang harap Qis tak akan tanggalkan dari jari Qis." tambah Hairul lagi sambil menyarungkan cincin tersebut ke jariku.
"Terima kasih abang" hanya itu yang mampu aku luahkan.
*  *  *  *
Dua bulan setelah aku di tempatkan di IPTS yang terkemuka di bandar Kota Kinabalu, aku sering diambil dan dihantar oleh Hairul. Namun aku tidak mahu menyusahkan diri Hairul kerna aku memahami akan dirinya yang selalu sibuk dengan kerja di pejabat.
"Hello abang Qis masih kat dalam kelas lagi, I'll call you later ok" jawab aku sememangnya tahu akan panggilan tersebut daripada Hairul. 
"Bila nak habis kelas?" tanya Hairul manja.
"Kejap lagi, ada kat mana ni?" jawab aku dan bertanya semula.
"Ok, abang tunggu kat lobi, we lunch together" balas Hairul sambil berpesan.
"Ok I'll be there for while" jawab aku faham akan pesanan itu dan mengakhiri perbualan telefon tersebut.

Selepas saja kelas aku terus bergegas keluar dari kelas untuk bertemu dengan Hairul. Belum sempat aku melangkah keluar kelas tiba-tiba saja Zahirul menyapa aku.
"Hai Qis bertuahnya badan kekasih kau tu iyer dapat kau yang setia ni, nyesal aku tak jumpa kau dulu kan kalau tak aku juga yang bahagia sekarang. Sumpah aku tak cari yang lain" usik Zahirul pada aku.
"Lah ia ker Zahirul? Tapi apa boleh buat aku ni dah jadi milik orang" jawab aku ketawa kecil pada Zahirul.
"Alah.. sedangkan orang yang kahwin tu boleh bercerai, orang yang dah bertunang tu boleh putus inikan kau yang baru jadi girlfriend si Hairul tu, ada peluang lagi apa" balas Zahirul ketawa besar pada aku. Isk!! kurang sopan betul mulut si Zahirul ni.
"Kau ni kalau tak kenakan aku sehari boleh tak Zahirul" geram aku padanya.
"Alah Zahirul buat apa kau nak kacau awek orang, aku ni yang cun meletup ni kau tak nak apa kurangnya aku ni" celah Salina pada Zahirul bergurau.
"Iyer lah Zahirul, Salina ni apa kurangnya" sambung aku menyokong kenyataan Salina sebentar tadi.
"Alah bukan tak nak tapi kau tu saja yang jual mahal sangat, tak kuasa aku nak membeli mahal-mahal." Balas Zahirul pada Salina.
"Eh! oklah korang aku pergi dulu nanti Hairul tunggu lama pula kat lobi tu tak pasal-pasal marah pula." kata aku pada kedua teman sekuliah aku itu. Lalu aku beredar dari situ dan menuju ke lobi untuk bertemu Hairul.
"Kenapa lambat sangat ni?" Rungut Hairul padaku.
"Sorry lah abang, Qis berborak dengan kawan kelas tadi" pujuk aku manja padanya.
"Kawan? kawan yang mana?" tan ya Hairul pada aku seolah-olah mula sangsi padaku.
"Salina dan Zahirul la, alah janganlah marah" jawab aku dalam nada memujuk lagi.
"Mereka nak apa?" tanya Hairul lagi.
"Biasalah abang kalau namanya student pasal pelajaran lah yang dibincangkan" jawab aku sengaja mengelak jawapan yang sebenar. Bukan apa cemburu Hairul kini semakin kuat tanpa sebab. Lalu kami berdua beredar dari situ.
*  *  *  *
Bersambung...
* Hairul Anuar : Cahaya yang baik
* Qistina : Keadilan
* Zara : Puteri
* Fairuz : Permata
* Hisyam : Murah hati
* Zahirul : Pendukung
* Salina : Bulan

No comments:

Post a Comment