Wednesday, April 20, 2011

Cerpen ~ Kembara Kasih # 3

Selesai saja majlis tersebut dan segala-galanya, aku terus menrehatkan diri dilaman rumah tersebut. Cuaca pada malam itu sungguh indah, tenang dan mendamaikan jiwa, tambahan pula sinar cahaya bulan menerangi seluruh alam. Sedang aku melelapkan mata untuk menikmati keindahan malam itu Hairul menyapa bahuku lembut sambil memberi senyuman.
"Qis.. masih marah pada abang?" Tanya Hairul padaku, aku mula kehairanan apa maksudnya.
"Marah?! nak marah sebab apa?" jawabku dan  bertanya semula.
"Pasal hal tadi." Balas Hairul mengingatkan pada kejadian di dapur sebentar tadi.
"Hmm.. tak lah, lagipun perkara biasa kalau tak ada gurau senda mana ada meriah majlis" jawab aku ikhlas sambil ketawa kecil bila mengingati peristiwa di dapur tadi.
"Ok.." jawab Hairul sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi.
"Abang buat apa kat dapur tadi? saja nak kena perli ker?" tanya aku lagi.
"Hmm.. saja nak tengok Qis buat kerja" jawab Hairul tertawa kecil.
"Sampai macam tu sekali" balas aku turut ketawa.
"Iya.. abang tak boleh duduk dia, tengok Qis buat kerja kat dapur." Jawab Hairul sambil tersenyum. Aku hanya tersenyum sambil melihat dirinya yang dalam kepenatan.
*  *  *  *
"Qis cuti semester ni kau cadang nak ke mana?" tanya Salina kepada aku dan mengingatkan aku akan cuti semester bakal bermula.
"Entahlah Salina aku belum ada cadangan lagi" jawab aku masih memikirkan perancangan.
"Kau pula Salina ke mana?" tanya Zahirul pula pada Salina.
"Aku?! Aku tak pasti lagi. Tapi parent aku cakap nak balik kampung sekeluarga" jawab Salina pada kami berdua.
"Kau pual Zahirul nak ke mana?" tanya aku pula pada Zahirul.
"Aku biasalah lepak kat rumah, kalau tak pun aku lepak kat rumah member aku jer" jawab Zahirul sambil ketawa.
"Lainlah macam orang tu Zahirul ada boyfriend dapatlah pergi bercuti ke mana saja yang dia nak" perli Salina pada aku.
"Isk!! tak ada ler, aku pun tak tahu nak ke mana cuti ni, silap hari bulan aku pun duduk rumah jer kali ni" nafi aku pada kenyataan Salina.
"Kenapa pula? Hairul mana?" tanya Zahirul padaku.
"Hmm.. kali ni dia pergi oversea ada kerja kat sana" jawab aku sambil memerhati jam ditangan.
"Habis tu kau tak ikut sekali?" tanya Zahirul lagi.
"Hmm.. malaslah lagipun dia pergi lama hampir dua minggu" jawab aku.
"Engkau ni, ada peluang tak nak pergi tak ada peluang beria-ia nak pergi" tambah Salina sambil mencuit lenganku.
"Tu la gatal sangat nak cari boyfriend yang dah ada kerjaya, yang menderita yang ditinggal-tinggalkan kau juga." kata Zahirul pada aku lagi.
"Dah jodoh aku bertemu dengan dia nak kata apa lagi" balas aku pada Zahirul. Dia ni kalau nasihatkan orang mengalahkan mak nenek, apa yang dia nak cakap main lepas saja kekadang boleh tahan juga leaser mulut dia ni. Tapi kadang kala telatah dan celotehnya itu mencuit hati juga. Aku memerhati sekali lagi jam ditangan aku, sedikit lewat Hairul menjemput aku hari ni mungkin jalan jam kut, desus dihatiku cuba bertenang. Nasib baik ada Salina dan Zahirul menemani aku ketika itu. Hampir setengah jam juga aku menanti tiba-tiba kelihatan kereta Honda Civic muncul di hadapan bangungan kolej aku, segera aku berpisah dengan dua sahabat aku itu menuju ke arah kereta Hairul berhenti. Aku terus masuk ke dalam kereta tersebut.
"Lama Qis tunggu" tanya Hairul pada aku.
"Berkulat jugalah Qis tunggu abang, abang pergi mana?" jawab aku dan bertanya semula.
"Hmm.. sorry abang ada meeting tadi" balas Hairul sedikit kesal dengan kelewatannya.
"It's ok, Qis tak kisah, abang ambil Qis ni pun dah kira baiklah ni tau daripada abang suruh Qis naik bas" jawab aku sambil tersenyum dan aku memahami akan tugas Hairul yang semakin besar. Lalu Hairul memulakan perjalanan kami berdua.

Dalam perjalanan tersebut, Hairul hanya membisu seribu bahasa daripada hari-hari biasa.  Selalunya ada saja yang nak diceritakan kepada ku tapi hari ini dia berbeza, kenapa? Lalu aku memberanikan diri untuk bertanyakan padanya.
"Diam jer, ada problem ker?" tanya aku pada Hairul.
"Tak ada apa-apa, Qis ada nak ke mana-mana tak sebelum balik ni?" jawab Hairul dan bertanya aku semula.
"Tak ada, balik rumah sajalah" balas aku memberi senyuman.
"Qis ikut abang pergi oversea nanti yer" tiba-tiba terpacur dari mulut Hairul mengajak aku ke oversea.
"Biar betul abang ni?" tanya aku sedikit terkejut.
"Betul, lagipun kalau kat sini siapa nak tengok-tengok kan Qis" jawab Hairul lagi.
"Abang pergi sana kerjakan bukan pergi bercuti, biarlah Qis kat sini duduk rumah jer lagipun mak Qis kan ada apa nak risau. Abang dengan kakak Qis pun ada" balas aku cuba meyakinkan Hairul ketika itu.
"Betul tak nak ikut?" tanya Hairul lagi pada ku, aku hanya menganggukkan kepala tanda benar.
"Ok, tapi masa abang kat sana nanti Qis kena jaga diri ok, jangan nakal-nakal" jawab Hairul memahami dan meninggalkan pesanan pada aku.
"Ok, Qis faham" balas aku mengerti. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu bahawa aku enggan melepaskan dia pergi. Ingin saja aku mengikutinya tapi aku sedar antara aku dan Hairul bukan punya ikatan yang sah itu yang selalu aku peringatkan diriku.

Malam sebelum Hairul pergi, aku bermalam di rumahnya keluarga Hairul atas permintaan Hairul. Ketika itu aku benar-benar merasa kehilangan Hairul walaupun dia pergi hanya dua minggu. Aku faham tugasnya kini memikul tugas syarikat semakin besar. Oleh itu aku seharusnya memberi semangat dan sentiasa menyokongnya walau apapun keadaan.
"Tak tidur lagi?" sapa Hairul padaku.
"Tak dapat tidur" jawab aku manja.
"Kenapa? fikirkan abang ker?" tanya Hairul padaku lagi.
"Hmm.." aku berdeham tanda iya.
"Qis tetap dengan keputusan tak nak ikut abang?" tanya Hairul sekali lagi.
"Tak apa ler abang, Qis faham abang pergi sana demi tugas" jawab aku pasrah perpisahan sementara itu. Hairul hanya merenung aku, sememangnya malam itu sinaran bulan menemani kami berdua seolah mengerti akan perasaan kami ketika itu. Saat indah itu aku patrikan dalam memori ini agar aku dapat mengulanginya kelak.
*  *  *  *
Bersambung..

No comments:

Post a Comment