Sunday, April 10, 2011

Cerpen ~ Cinta Amani # Akhir

"Hai Amani lama tak jumpa?" sapa Zarif kepada Amani.
"Zarif!! awak apa khabar?" Amani membalas semula sapaan dari Zarif.
"Saya macam ni ler, apa cerita? sejak habis belajar terus hilang tak pernah contact kita orang dah yer." Balas Zarif bertanyakan khabar.
"Aku macam biasa jer, meneruskan kehidupan" jawab Amani tenang.
"Kerja kat mana sekarang ni?" tanya Zarif lagi.
"Hmm.. kerja biasa-biasa jer, awak?" jawab Amani bertanya semula.
"Biasalah kerja dengan family company" jawab Zarif tersenyum.
"Oh! mesti dah jadi pengarah urusan kan" usik Amani pada Zarif lagi.
"Erk!! tak ada lah still belajar dari bawah lagi" jawab Zarif menafikan. "Dah alang-alang kita jumpa ni jom saya belanja awak makan, lagipun dah lama kita tak bersembangkan" pelawa Zarif pada Amani.
"Saya ok jer tapi takut ada yang marah pula?" sememangnya Amani teringin untuk berbual dengan Zarif terlalu banyak yang ingin dia ketahui dari Zarif sendiri.
"Siapa pula yang nak marah ni, I'm single ok, lain lah kalau awak takut-takut suami or boyfriend awak yang marah" tambah Zarif ketawa sinis.
"Hello!! tak ada siapa nak marah ok" geram Amani pada Zarif.
"Ok..ok.. lets go saya sebenarnya tengah lapar ni" Zarif cuba kembali serius. Lalu mereka berdua beredar dari situ menuju tempat yang hendak dituju.

Ada mata liar melirik kepada gelagat Amani dan juga Zarif yang begitu mesra sekali, jelas timbul dihati kecil Aryan berasa cemburu. Ingin saja dia mendekati Amani dan lelaki tersebut namun dihalang oleh Yusri.
"Jangan cari pasal Aryan, kau kena bersabar lagipun kau dan Amani bukan ada apa-apa lagi kan so make do know ok" nasihat Yusri kepada Aryan.
"Entah aku sendiri tak tahu, tiba-tiba aje aku jadi cemburu aku tak tahu apa perasaan aku ini" kata Aryan meluahkan rasa hatinya itu.
"Itu namanya penyakit cinta, terang-terang kau dah jatuh cinta pada Amani. So lepas ni kau kena bertindak segera sebelum Amani jatuh ke tangan mamat tu" tambah Yusri lagi.
"Maksud kau?" tanya Aryan kurang jelas.
"Hey!! come on man tak kan perkara macm ni pun kau tahu, esok lepas office ajak dia dinner luahkan perasaan kau tu, tapi sama ada dia terima atau tak kau kena terima ok" jawab Yusri tersenyum sinis. Aryan hanya memandang kosong tanpa makna.

"So let me know.. selama ni awak ke mana Amani?" tanya Zarif kepada Amani.
"Tak ada ke mana pun, lepas great saya terus cari kerja that all" jawab Amani pada Zarif.
"Really.. mesti banyak pengalaman ni kan" tambah Zarif lagi.
"Tak adalah banyak sangat masih belajar lagi, bukan macam awak tu kerja kat company besar mesti banyak pengalaman kan" nafi Amani pula pada kenyataan Zarif.
"Saya baru lagi tak sampai setahun pun, lepas great diploma family saya hantar sambung study kat UK lepas jer habis study tu yang terus mereka nak saya masuk terus ke syarikat keluarga saya tu." jawab Zarif menceritakan kisah hidupnya.
"Awak beruntung Zarif family awak mampu, lain lah saya ni kena kerja sebab nak bantu keluarga" Amani sedikit merendah diri.
"Ala.. lepas ni kalau awak ada rezeki awak mesti boleh sambung belajar lagi, lagipun kita masih muda lagi Amani, so.. awak kerja kat mana?" Zarif sedikit kesal dengan kenyataannya sebelum ni cuba memujuk Amani.
"Saya kerja di sebuah syarikat pengikhlanan" jawab Amani tenang.
"Wow!! Interesting, kira bidang kerja yang mencabar, as what?" tanya Zarif berminat.
"Setiausaha" jawab Amani tenang.
"What secretary!! look nice girl.. tak sangkah orang secantik yang duduk di depan saya ni secretary rupanya, I can't imagine kalau dulu awak ni pendiam Amani tapi sekarang ni looks your are great babe" tambah Zarif sedikit tidak percaya bahawa Amani seorang setiausaha. Memang betul dulu Amani seorang yang pendiam dan sukar untuk mendengar bila berbicara tapi sekarang Amani seorang setiausaha yang mampu berkata-kata lebih dari sepatah.
"Setiap manusia tu kena ada perubahan Zarif, so I need to change" balas Amani tenang. Zarif merenung penuh makna pada Amani.
"Amani.. awak masih ada perasaan itu lagi?" tanya Zarif kembali serius.
"Perasaan?! Perasaan apa?" Amani bertanya.
"Cinta kita" jawab Zarif berterus terang.
"Kenapa awak kecewakan saya dulu?" tanya Amani sedikit sedih.
"Salah saya menilai awak pada luaran saja" jawab Zarif mengakui kesilapannya.
"Saya tahu saya tak setanding dia kan" balas Amani tenang.
"Amani.. mungkin masa tu saya buta segalanya, tapi saya sedar keikhlasan dan kejujuran itu pentingkan" tambah Zarif.
"Jangan kenang benda lama Zarif, semua tu dah berlalu." Kata Amani mengukir senyuman.
"Masih ada peluang lagi ker?" tanya Zarif.
"Entah saya tak tahu" jawab Amani sejujurnya dihatinya masih belum boleh menerima Zarif untuk kali kedua.
"Saya faham" balas Zarif tenang, jauh di lubuk hatinya masih menaruh harapan tinggi.
*  *  *  *
Pagi itu awal pagi Amani menerima note meminta dia berjumpa dengan Aryan, pelik bin ajaib tak pernah-pernah bos nya itu berbuat begitu. Segera saja Amani menemui Aryan di bilik pejabatnya.
'Tok..tok..tok..'
"Masuk!" Arah Aryan dari dalam biliknya itu.
"Selamat pagi En. Aryan" Salam Amani pada Aryan memberi senyuman.
"Pagi.. awak dah sarapan?" Aryan menjawab salam dan bertanya kepada Amani.
"Dah En. Aryan, ada apa yang boleh saya bantu En. Aryan?" jawab Amani dan bertanya semula kepada bos nya itu.
"Amani malam ni awak free?" Aryan bertanya lagi.
"Malam ni?" Amani terpingah
"Iya.. malam ni saya nak ajak awak dinner, awak senang?" jelas Aryan pada Amani.
"Ermm.. sa..saya..." Amani sedikit gugup untuk memberi jawapan.
"Baiklah malam ni lepas isyak saya jemput awak di rumah." Aryan segera memberi arahan kepada Amani. Amani hanya menganggukan kepalanya tanda setuju.
"Kalau tak ada apa lagi saya minta diri dulu" Amani beransur dari situ. Aryan menganggukan kepala tanda faham. Dalam hatinya ketawa nakal merasa Amani akur dengan tindakannya itu.

Sementara Amani pula mula tidak keruhan, bermonolog sendiri. Ish! apa kena dengan dia tu tetiba ajak aku pergi dinner, mimpi apa pula dia ni? pebagai persoalan timbul. Tiba-tiba telefon bimbit Amani berdering tertera nama Zarif pada skrin telefonnya.
"Hello" jawab Amani.
"Hai Amani, awak buat apa tu?" tanya Zarif pada Amani.
"Kerja.. awak?" jawab Amani dan bertanya semula.
"Sama.. awak free tak malam ni?" balas Zarif dan bertanya.
"Malam ni? kenapa?" tanya Amani mula berteka-teki.
"Kita keluar dinner" jawab Zarif.
"Oh.. sorry lah Zarif saya dah janji dengan kawan nak keluar dinner bersama" Amani menolak dengan baik.
" Erm.. kawan lelaki ker kawan perempuan?" tanya Zarif sedikit kecewa dan cemburu bila Amani menolak pelawaan itu.
"Hey!! kenapa tanya sampai kesitu ni Zarif, lagipun awak tak kisah kan dengan siapa saya nak keluar bukan." jawab Amani ketawa dihujung talian.
"Sorry.. I'm really.. really sorry ok.. I'm thinking you and I still couple" balas Zarif kembali sedar situasi mereka berdua.
"That ok Zarif, ok la saya ada kerja nak siapkan ni, ada masa kita sembang lagi ok" Amani mengakhiri perbualan mereka berdua.
"Ok.. take care, bye" Akhir Zarif pada perbualan mereka berdua dan Amani memulakan kerjanya semula, namun di fikirannya masih lagi bermain-main persoalan yang timbul.

Malam yang dijanjikan Aryan menjemput Amani di rumah seperti yang dijanjikan olehnya. Amani nampak tenang namun dalam diam dia gelisa. Aryan nampak segak dan tenang.
"Awak nampak cantik malam ni" puji Aryan pada Amani yang kelihatan bersederhana tetapi tampak anggun.
"Terima kasih" jawab Amani tenang sambil tunduk malu. Tanpa banyak soalan Aryan memandu kenderaannya menuju ke arah yang hendak ditujui. Sepanjang perjalanan itu mereka berdua hanya membisu hanya ditemani oleh suara Dj yang bertugas pada malam itu dan sebuah lagu kegemaran Amani ketika ini iaitu 'Nothing On You' Nyanyian B.O.B
"Awak suka lagu ni?" Aryan mula memecahkan kebisuan itu.
"Erm.. ya.." Jawab Amani sedikit gugup.
"Apa tajuk lagu ni?" Sengaja Aryan bertanya padahal dia dah tahu tajuk lagu tersebut.
"Nothing On You, B.O.B" jawab Amani dan memberitahu nama penyanyi lagu tersebut.
"Oh I see, tak sangka awak minta lagu-lagu macam ni" tambah Aryan lagi.
"Sekadar lagu bukan ada apa pun." jawab Amani cuba membiasakan diri.
"Yeah.. just a song, but meaning full" tambah Aryan cuba menjerat Amani untuk bercerita hal sebenar.
"Mungkin.. tapi pada saya ia hanya sebuah lagu untuk menghibur hati" balas Amani cuba berselindung perkara sebenar.
"Oh.." Aryan menjawab sepatah. Lalu destinasi yang hendak mereka tuju itu telah tiba, segera Aryan mencari tempat meletak kereta.

Hati Zarif tidak keruhan, dia masih memikirkan dengan siapa Amani keluar, adakah lelaki ataupun perempuan? hatinya mula curiga takut dia kehilangan Amani kali kedua. Dia benar-benar berharap Amani menjadi miliknya kali ini. Tidak mahu kehilangan lagi. Pantas dia mendail nombor telefon milik Amani, namun gagal tiada dalam talian, mungkin Amani sengaja menutup telefon bimbitnya. Bertambah persoalan dihati Zarif ketika ini.

"Amani.. saya ajak awak dinner ni sebab ada perkara yang saya nak bincangkan" Aryan memulakan bicara antara mereka berdua.
"Kenapa tak di pejabat saja En. Aryan, kenapa sampai ke makan malam" jawab Amani berasa hairan dan mengungkap persoalan yang bermain dalam fikirannya sejak siang tadi.
"Rasanya kat pejabat tak sesuai Amani, mungkin kat sini lebih sesuai" jawab Aryan tenang sambil menghelakan nafasnya.
"Kenapa En. Aryan, seolah macam ada masalah" balas Amani dan bertanya.
"Amani.. just call me Aryan, ini bukan waktu pejabat kan" tambah Aryan kurang selesa dengan nama itu.
"Erm.. terasa janggal pula" Amani sedikit malu untuk memanggil Aryan pada lelaki dihadapannya itu.
"Amani biar saya berterus terang, dari hari pertama saya bertemu awak hati saya mula tertarik pada awak, jiwa saya merontah bila awak hilang daripada pandangan mata saya. Bagi saya awak terlalu istimewa terlalu indah pada mata saya, seorang yang tenang, sabar dan budi bicara yang baik. Jujur saya akui saya mula jatuh cinta dan mula menyayangi awak, I'm falling love with you" luah Aryan tanpa banyak membuang masa. Amani dihadapannya tergamam dan terkedu seketika. Dia tahu Aryan baru saja kehilangan tunang tercinta dia tak mahu lelaki tersebut terburu-buru dengan keputusan itu.
"Bukankah perasaan awak tu terburu-buru?" tanya Amani sedikit getar.
"Saya yakin Amani bukan mudah untuk saya jatuh cinta pada wanita lain selain daripada arwah tunang saya dulu." jawab Aryan yakin. Amani hanya membisu seribu bahasa. Memang jauh di sudut hatinya tersimpan sedikit perasaan kasih kepada lelaki itu. Namun dia tidak mahu menonjolkan perasaan itu kerana soal status dan perbezaan antara mereka berdua.
"Saya rasa perkara ini tak sepatutnya berlaku Aryan" Amani cuba menafikannya.
"Saya tahu dan faham, mungkin awak terkejut dengan semua ini, tapi saya mohon dan rayu pada awak beri saya peluang untuk dihati awak" Aryan tidak berputus asa.
"Saya tak tahu, cuma saya minta bagi saya sedikit ruang untuk berfikir semua ni" balas Amani keliru dengan semua itu, seolah bagai ada sebiji batu yang menghempap kepalanya ketika itu.
"Saya faham, awak ambillah masa seberapa banyak yang awak mahu, tapi saya mohon jangan hampakan saya Amani" tambah Aryan berharap kepada Amani dan memiliki gadis tersebut.
*  *  *  *
Sebulan berlalu..
"Amani.. saya nak tahu daripada awak sendiri, awak masih sayangkan saya lagi ker?" tanya Zarif pada Amani soal perasaan antara mereka berdua.
"Sayang.. sayang sebagai kawan" jawab Amani tenang.
"Sebagai kawan?" Tanya Zarif kurang mengerti.
"Zarif lebih baik berkawan tak ada perkara yang menyakiti hati bukan." jawab Amani tenang.
"Mungkin tapi kita kan dah lama kenal lebih 7 tahun" tambah Zarif lagi.
"7 tahun tidak bermakna kita memahami antara satu sama lain Zarif, banyak yang kita alpa dan terlupa." tambah Amani pula pada Zarif.
"Kenapa? awak ada pilihan lain?" tanya Zarif.
"Hanya Allah mampu menentukan segalanya." jawab Amani tenang, hatinya lebih rela bila menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.
"Beri saya peluang kali kedua Amani" Rayu Zarif lembut.
"Zarif, saya lebih suka kita berkawan daripada mempunyai sebarang ikatan percintaan." Jelas Amani enggan memberi harapan pada lelaki itu. Zarif akur dengan keputusan Amani walaupun dia masih lagi berharap pada jawapan yang lain.

Malam itu Amani mengabdikan dirinya kepada Ilahi mohon petunjuk yang jelas agar hatinya itu diletak pada seseorang yang lebih menghargainya dan mengasihinya serta menyayanginya seadanya, yang pasti baginya biarlah lelaki itu sentiasa membimbing dan mengingatkan dia tentang Maha Pencipta agar dia tidak hanyut dalam melayari kehidupannya kelak. Jelas dihatinya mengiakan jejakan itu membuka pintu hatinya itu. Walaupun jawapan telah ditemui tapi dia mahu menyerahkan sepenuhnya kepada Ilahi untuk jawapan yang tepat dan dirahmati oleh-Nya. Bukan mudah untuk dia melabuhkan cinta dan kasihnya itu buat lelaki yang menjadi impiannya selama ini. Mungkin itulah ketentuannya.

Pagi itu, Amani menerima tetamu yang tidak disangka, dah lama dia tidak bertemu sahabat lamanya itu sejak mereka tamat pengajian di kolej lagi.
"Nadia" sapa Amani pada sahabat lamanya itu.
"Amani.." jawab Nadia menjawab sapaan itu.
"Ya Allah Nadia lamanya tak jumpa kau apa khabar?" Tambah Amani lagi pada Nadia.
"Aku sihat Amani macam kau tengok sekarang ni, kau dah banyak berubah Amani" jawab Nadia terpegung dengan perubahan Amani.
"Jemput duduk Nadia, dah lama kita tak jumpakan" balas Amani tersenyum sambil mempelawa temannya itu duduk.
"Amani aku datang ni sebenarnya ada hal" Nadia memulakan bicara tanpa banyak persoalan.
"Ada hal, kenapa kau ada masalah ker?" tanya Amani sedikit kedu.
"Amani.. kau ada jumpa Zarif?" Nadia bertanya lagi kali ni berkenaan dengan Zarif.
"Kenapa dengan Zarif" Sengaja Amani bertanya semula.
"Zarif bagitahu aku yang dia nak bersama dengan kau semula." jawab Nadia hambar.
"Astagfirullah.. habis tu kau tahu daripada mana?" tanya Amani sedikit terkejut.
"Amani.. aku dan Zarif dah lama bernikah tapi dia tak nak sesiapa kawan-kawan kita tahu tentang hal ni" jawab Nadia jujur sambil mengeluarkan sijil nikah antara dia dan Zarif. Amani sedikit terkejut dan mengelah nafas panjang.
"Nadia.. aku minta maaf kalau selama ni aku memang tak tahu, memang betul Zarif ada bertemu dengan aku dan menyatakan hasratnya itu, tapi aku tak terfikir untuk semua itu Nadia.. aku anggap Zarif sama seperti teman-teman lain, lagipun hati aku tak pernah ada padanya kau sendiri tahu kan apa yang berlaku sebelum ini." Amani menjelaskan satu persatu setiap apa yang berlaku.
"Aku tahu Amani, cuma sekarang ni Zarif semakin jauh dari aku sebab tu aku cari kau, aku tahu kau boleh tolong aku Amani" tambah Nadia memohon bantuan.
"Yang itu kau jangan risau, aku tahu bagaimana nak nasihatkan dia nanti" tenang Amani pada Nadia dan kesian akan nasib sahabatnya itu. Entah kenapa Zarif sanggup menipunya selama mereka kenal itu, mungkin sebab itu dia berat hati untuk terus meneruskan hubungannya dengan Zarif.
*  *  *  *
Di pejabat Aryan sedikit kusut sedikit banyak kerja yang tertangguh sejak Amani mengambil cuti, kerja-kerjanya banyak yang tak menentu entah dia rasa bagai nak campak semua fail dan kertas kerja yang ada di mejanya itu.
"Ya Allah kenapa macam ni, En. Aryan" sapa Amani kepada Aryan sambil membawa segelas kopi seperti biasa yang Amani lakukan setiap pagi.
"Amani, bukan awak bercuti lagi ker?" Aryan sedikit terkejut dengan kehadiran Amani di bilik pejabatnya itu.
"Mesti En. Aryan tak tengok kalender ni, cuti saya kan sampai semalam saja" jawab Amani mula mengemas fail-fail yang berselerak di meja Aryan.
"Saya busy tak ingat semua tu" jawab Aryan serabut.
"Takkan saya cuti seminggu bilik kerja En. Aryan dan jadi tongkang pecah" usik Amani tersenyum nakal. Aryan memerhati tersenyum melihat telatah Amani mengusik dia pagi itu.
"Awak saja nak usik saya pagi-pagi ni yer" Aryan terasa hati.
"Saja nak hiburkan hati En. Aryan, kalau serius terus pun tak elok untuk kesihatan, En. Aryan dah breakfast?" Amani cuba memujuk Aryan.
"Awak nak belanja ker?" tanya Aryan tanpa berdolak dalik.
"Apa salahnya." jawab Amani beranikan diri.
"Ok, let's go" balas Aryan tanpa membuang masa bangkit dari kerusi dan menarik tangan Amani. Amani menurut saja.


Di Old Town Cafe..
"Seronok cuti.." Aryan memulakan bicara antara dia dan Amani.
"Seronok.. dapat tenangkan fikiran, mencari ilham" jawab Amani ceria. Dia tak pernah melihat Amani seceria itu dan berani bertentang mata dengan Aryan.
"Awak ke mana sampai tak nak bagitahu percutian awak tu?" tanya Aryan lagi.
"Tak ada ke mana saya kat rumah jer" jawab Amani tersenyum.
"Huh!! rumah, seminggu duduk rumah jer?" tanya Aryan sedikit terkejut.
"Hmm.. itu yang lebih baik kan" jawab Amani ketawa kecil.
"Awak ni betul-betul mengejutkan saya tau" balas Aryan sedikit hairan.
"Sometime kita kena buat sesuatu di luar jangkaan pada pasangan kita kan" tambah Amani lagi tanpa mahu menyembunyi lagi perasaan sebenarnya itu.
"Pasangan?? do you mean couple??" Aryan sedikit keliru dengan kenyataan Amani itu.
"Seminggu ni saya mencari jawapan yang awak minta, so seminggu tu juga saya memikirkan dan memohon petunjuk daripada Allah, dan saya yakin awak yang terbaik untuk saya" jawab Amani berterus terang. Aryan yang mulanya serabut kembali tenang dia mula tersenyum, mahu saja dia menjerit gembira memberitahu satu dunia kini dia berjaya menawan hati Amani yang selama ini mampu mengubati hatinya itu.
"Wow!! saya tak tahu nak cakap apa lagi Amani, hati saya betul-betul gembira dengan jawapan ini, walaupun saya sedia berdepan dengan kekecewaan.. kali ni saya tak akan tangguh lagi apa yang harus saya lakukan." tambah Aryan gembira hingga tak terkata. Amani dihadapannya hanya tersenyum melihat telatah Aryan ibarat beruk mendapat bunga.
"Saya berharap awak menerima saya seadanya Aryan" kata Amani penuh pengharapan.
"Saya janji" lafaz Aryan pada Amani.
*  *  *  *
Kelihatan kehadiran Amani bukan seorang, malah ditemani oleh seorang lelaki berjalan seiringan di sisi Amani, Zarif kelihatan curgia kenapa Amani perlu ada teman untuk bertemu dengan dia. Amani semakin hampir memberi senyuman manis.
"Assalamualaikum" salam Amani kepada Zarif.
"Walaikumsalam" jawab Zarif sedikit berkedut dahi melihat kehadiran lelaki disisi Amani.
"Zarif kenalkan Aryan, Aryan ini Zarif." Amani memperkenalkan Zarif kepada Aryan.
"Hai.. saya Aryan" Aryan menghulur tangan tanda salam perkenalan.
"Zarif, saya fikir awak datang seorang Amani" jawab Zarif dan memulakan bicara.
"Lebih manis saya membawa temankan" balas Amani lembut.
"Kata Amani awak ni kawan lama masa kat kolej" Aryan beramah mesra dengan Zarif.
"Iya kawan lama, satu course" jawab Zarif sedikit tidak selesa dengan kehadiran Aryan. Matanya tidak lepas memandang Amani.
"Zarif.. kita ringkaskan aje perjumpaan ni, saya datang ni sebenarnya ada benda nak bagitahu awak" Amani memulakan bicara antara merek.
"Apa dia awak nak cakap?" tanya Zarif mula berteka teki. Sambil Amani mengeluarkan sesuatu dari tas tangan Amani dan menyerahkan kepada Zarif dan perlahan-lahan Zarif mencapai dan membuka isi sampul surat putih tersebut.
"Apa ni?" tanya Zarif lagi terang lagi bersuluh, kad undangan perkahwinan tertera jelas pada kad tersebut.
"Iya Zarif, sebab tu saya datang bersama Aryan" jawab Amani tenang.
"Awak saja permainkan perasaan saya?" tanya Zarif sedikit kecewa berbaur marah.
"Tak Zarif.. tak terniat pun untuk saya permainkan awak, walaupun sebelum ini awak pernah lakukan pada saya" jawab Amani sedikit hambar.
"Tapi kenapa?" tanya Zarif seolah tidak mengerti.
"Zarif terimalah kenyataan kita tiada jodoh, mungkin jodoh saya hanya pada Aryan dan awak mungkin pada orang lain, anggaplah kita sebagai kawan agar tiada lagi hati yang kecewa. Maafkan saya Zarif." jawab Amani menasihati Zarif menerima kenyataan sebenar. Dia tidak mahu sesuatu perkara buruk akan berlaku. Terutama sekali Nadia, takut jadi mangsa kekejaman Zarif dia tahu Zarif mampu melakukan lebih daripada itu, biarlah dia dan Nadia yang tahu keadaan sebenar.
"Zarif.. saya tak pernah menghalang Amani untuk berkawan dengan sesiapa.. tapi untuk kali ni biarlah Amani membuat keputusan untuk dirinya." tambah Aryan pada Zarif. Lalu Amani dan Aryan berlalu dari situ.
*  *  *  *
Mungkin inilah dinamakan takdir, kerana izin-Nya aku bertemu dengan cintaku dan kerana Dia juga aku kini menemui kebahagiaan. Sesungguhnya aku telah melabuhkan cintaku kepada seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menyintai aku, dialah kekuatku, penawarku dan pencintaku kerana Allah S.W.T. Demi-Mu Ya Allah sesungguhnya nikmat kehidupan ini hanyalah milik-Mu dan aku sebagai hamba-Mu meminjam buat sementara waktu selagi aku masih bernafas, syukur nikmat-Mu yang Engkau berikan.

Pada mu wahai kekasih hati kekuatan penuh buat diriku, padamu ku sandarkan segalanya bimbing aku ke jalan yang benar yang penuh keikhlasan demi Dia maha pencipta, sesungguhnya hati ini, jiwa ini milik Dia dan jua milikmu selamanya..

Tamat..
* Zarif : Periang, berjenaka
* Nadia : Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan

No comments:

Post a Comment