Sunday, April 17, 2011

Cerpen ~ Kembara Kasih # 2

Hubungan aku dan Hairul telah dihidu oleh kedua-dua keluarga, namun kedua keluarga kami tidak membantah, malahan mereka gembira jika kami dapat disatukan. Pernah sekali keluarga Hairul bercadang untuk kami ditunangkankami berdua. Tapi apa yang Hairul mahukan adalah biarlah aku capai kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya aku kelak, begitu juga dengan Hairul yang ingin terus berjaya dalam kerjayanya demi masa depan kami bersama.

Pada petang itu ketika aku melawat kedua ibubapa Hairul aku dilayan seperti anak mereka sendiri. Apa yang memeranjatkan aku mama Hairul begitu menyayangi aku lebih dari segala-galanya.
"Bila Qistina tamat pengajian?" Tanya mama Hairul kepada aku.
"Lama lagi makcik lagipun Qis baru lagi belajar kat kolej tu" jawab aku tenang.
"Macamana pula dengan Hairul selama kamu berkawan dengan anak mama?" tanya mama Hairul berkenaan dengan anak sulungnya itu. Entah tetiba saja mama Hairul bertanyakan tentang hubungan kami berdua.
"Setakat ni tak adalah perkara yang besar berlaku, tapi satu saja yang Qis tak berapa berkenan  makcik, kekadang tu Hairul terlalu cemburu buat Qis rasa tak selesa dan risau." jawab aku jujur pada mama Hairul. Memang benar sejak kebelakangan ini sikap cemburu Hairul buat aku kurang selesa dan rimas dibuatnya.
"Sebenarnya Hairul tu cuma risaukan Qis, dia takut perkara lama berulang kembali tu sebab dia jadi macam tu. Tapi mama yakin Qis bahagiakan bersama Hairul?" jelas mama Hairul pada aku tentang anak lelakinya itu. Tiba-tiba saja Hairul muncul diantara aku dan mama Hairul.
"Wah! Bukan main rancak lagi mama dan Qis berborak ya, ni mesti ada apa-apa ni kan atau mengata kat Hairul?"sapa Hairul pada kami berdua.
"Isk!! takkanlah kami nak umpat pasal Hairul" balas mama Hairul pada anak kesayangannya itu.
"Habis tu mama dan Qis cerita pasal apa? dari jauh Hairul dengar mama dan Qis sebut-sebut nama Hairul, ni mesti ada apa-apa ni kan?" Sambung Hairul lagi pada kami.
"Mana ada, kalau Hairul tak percaya cuba tanya pada bakal menantu mama ni kalau tak percaya." Balas mama Hairul lagi sambil tersenyum manis.
"Qis tak pernah tipu abangkan, apa yang Qis dan mama buatkan tadi?" tanya Hairul pada aku pula. Aku mula jadi kelam kabut dibuatnya bila Hairul bertanyakan aku.
"Tak ada apa-apa yang dibualkan, cuma Qis bagi tahu mama yang abang sekarang ni.." jawab aku jadi serba salah dan terhenti untuk meneruskannya.
"Apa dia cakaplah" pujuk Hairul beria ingin tahu.
"Sejak kebelakangan ni Hairul terlalu sensetif, cemburu dan merajuk, tu yang Qis dan mama  sembangkan" jelas mama Hairul pada Hairul sendiri. Aku dan Hairul hanya tersenyum sesama sendiri tapi dalam hati ini hanya Tuhan saja yang tahu, lalu mama Hairul meninggalkan kami berdua menuju ke dalam rumah.
"Oh.. sekarang ni dah pandai mengadu pada mama yerk" kata Hairul sambil tersenyum sinis padaku.
"Mana ada, makcik yang tanya Qis so Qis cerita hal sebenar abang marah ker" jawab aku dan bertanya pada Hairul.
"Tak marah pun makin sayang lagi ada ler. Apa lagi mama tanya?" balas Hairul dan terus bertanya.
"Makcik tanya macamana perangai abang, jadi Qis jawab sejak kebelakangan ni abang terlalu cemburu, tapi makcik cakap abang buat macam tu sebab abang takut peristiwa lalu berulang lagi, itu saja yang Qis cerita pada makcik." jelas aku pada Hairul sambil merebahkan kepala ku ke bahu Hairul.
"Abang buat semua ini untuk kebaikan kita berdua, Abang nak hubungan kita ini akan berakhir kejinjang pelamin. Terus terang abang katakan memang abang cukup cemburu bila ada lelaki lain yang mendekati diri Qistina." Balas Hairul pada aku, aku tidak menafikan sejak kebelakangan ini aku lebih kerap bersama kawan-kawan aku terutama sekali Zahirul. Namun bukan aku sengaja tetapi itu semua untuk masa depan aku.
"Qis minta maaf kalau Qis buat abang terluka hati" lafaz aku sedikit kesal dan terharu dengan kata-kata Hairul.
*  *  *  *
"Qis kau nak ikut tak champing yang dianjurkan oleh Kelab Remaja tu tak?" Tanya Salina pada aku.
"Aku tak pasti lagi, aku kena tanya.." belum sempat aku meneruskan perkataan dari mulut aku Zahirul terus memintas.
"Huh! ni mesti tanya abang Hairul kan.. Confirm Hairul bagi punyalah Qis kalau dia tak bagi kau join pandai-pandailah kau pujuk dia tu" Jawab Zahirul pada aku. Kadangkala aku naik geram dengan mulut celupar Zahirul, tapi tanpa dia hidup kami ni tak akan ceria.
"Isk!! Kau ni Zahirul memandai jer tau. Mestilah aku kena tanya dulu dengan dia sama ada dia benarkan atau tak" balas aku pada Zahirul.
"Hello.. buat apa kau nak tanya dia, lagipun dia tu bukan tunang atau suami kau cuma B.O.Y.F.R.I.E.N.D jer" tambah Zahirul lagi sambil mengeja perkataan boyfriend. Aku cuma mendiamkan diri daripada terus bersuara. Salina hanya menyaksikan pertikaman lidah aku bersama Zahirul.

Pada petang itu aku telah menghubungi Hairul untuk memberi tahu tentang perkara tersebut pada Hairul.
"Hello.. Qis" jawab Hairul.
"Hello abang, abang kat mana ni?" tanya aku pada Hairul.
"Abang kat office lagi ni, ada apa Qis?" jawab Hairul pada aku.
"Qis nak bagitahu abang yang Qis nak join champing anjuran Kelab Remaja kolej" jelas aku pada Hairul dengan tenang.
"Hmm.. Qis kita bincang malam ni, abang jemput Qis dekat rumah jam lepas isyak nanti ok." Balas Hairul tanpa memberi jawapan pada aku tapi sebaliknya mengajak aku keluar pada malam itu.
"Ok, Qis tunggu" jawab aku akur.

Malam itu, Hairul menjemput seperti yang dijanjikan. Tanpa membuang banyak masa aku terus masuk ke dalam kereta milik Hairul.
"Hai Qis you look so beautiful to night" puji Hairul pada aku.
"Thank you.. and same to you look dashing" aku kembali memuji Hairul yang sememangnya selalu kemas dan segak setiap masa. Hairul segera menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari hadapan rumah aku.
"Siang tadi Qis cakap apa pada abang? Abang tak berapa jelas" tanya Hairul pada aku pada soalan tersebut.
"Boleh tak kalau Qis join champing anjuran Kelab Remaja kolej" jawab aku segera memberitahu aku kepada Hairul.
"Champing?! berapa lama, wajib pergi ker?" tanya Hairul lagi.
"Just week tapi memang Qis nak pergi sangat" jawab aku pada Hairul.
"Tak payah pergilah Qis lama sangat seminggu tu" balas Hairul tidak mengizinkan aku pergi.
"Alah abang ni bukan lama seminggu tu, lagipun bila lagi Qis boleh join champing macam ni, masa ni la Qis kena belajarkan berdikari." pujuk aku lagi pada Hairul.
"Keputusan abang No, abang tak nak Qis pergi ok" balas Hairul tetap dengan pendiriannya. Aku hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab setiap apa yang Hairul bebelkan, lebih baik diam dari banyak menjawab takut jadi panjang pula.
"Kenapa diam ni? dari tadi abang cakap Qis dengar tak ni?" tanya Hairul mula perasan dengan situasi aku yang dingin.
"Dengar" jawab aku sepatah.
"Bukan abang tak tahu perangai Qis tu, mula ler nak merajuk bila orang tak bagi dia pergi" tambah Hairul lagi sengaja mencari kelemahan aku.
"Kalau tahu jawapan abang macam ni, tak keluar pun tak apa" balas aku dengan nada merajuk. Lalu kami tiba di destinasi yang kami tujui, aku terus keluar dari kereta tanpa banyak soal sementara Hairul mengikuti dari belakang.
"Qis jangan macam ni boleh tak, abang tak suka" Pujuk Hairul pada aku.
"Dah tahu tak suka kenapa buat Qis macam ni?" marah aku pada Hairul.
"Ok.. ok kita bincang dulu hal ni ok, Qis janganlah merajuk" Hairul mula memujuk.
"Nak bincang apa lagi, kalau dah nak bagi Qis pergi ok fine i'll never go ok" balas aku sedikit keras.
"Qis, abang faham perasaan Qis tapi abang tak boleh berpisah dengan Qis, kalau sehari dua tak apa Qis tapi ini seminggu macam-macam hal boleh berlaku" tambah Hairul cuba memujuk diri aku.
"Kenapalah Qis ni bodoh sangat, semua benda kena tanya dengan abang. Betul kata Zahirul abang cuma boyfriend Qis bukan tunang atau suami Qis." Luah aku pada Hairul. Entah kenapa tiba-tiba nama Zahirul pula terkeluar dari mulut aku pada malam tu, pasti kami bergaduh besar bila saja nama Zahirul terkeluar dari mulut aku sendiri.
"Ini mesti rancangan Zahirul dan hasut Qis bukan, Abang memang tak suka dengan semua ni" balas Hairul pada aku dengan nada yang agak tinggi.
"Perkara ini tak ada kena mengena dengan Zahirul tapi apa yang dia cakap semuanya betul. Kenapa mesti Qis minta kebenaran dari abang, sedangkan emak Qis membenarkan Qis pergi, Qis malu dengan kawan-kawan Qis kerana hal ini" jelas aku lagi pada Hairul dan air mata aku mula bergenang dikelopak mataku. Namun Tuhan saja yang tahu betapa perasaan aku pada malam itu terluka. Kadang kala aku terasa menyesal bila menjadi kekasih Hairul, sejak kebelakangan ini ada saja yang tak kena itu tak kena, ini tak kena serba serbi semua tak kena dihatinya. Tambahan lagi bila aku tersilap sebut nama kawan-kawan aku.
"Kenapa sekarang baru nak menyesal, kalau tahu abang buat Qis macam ni?" tanya Hairul pada aku lagi.
"Memang Qis menyesal, tapi selama ni Qis rela apa yang abang cakap, patuh pada semua arahan tapi takkanlah semua aktiviti remaja Qis, Hairul nak sekat. Di mana kebebasan Qis sebagai remaja yang hendak menikmati zaman remaja Qis" semuanya aku muntahkan dari mulutku pada malam itu agar Hairul mengerti apa yang tersirat dibalik hati ku ini. Terus terang aku katakan aku lebih senang bersama teman-teman sekuliah aku terutama sekali Zahirul yang banyak menyokong aku bila aku menghadapi masalah bersama Hairul.
"Fine kalau itu yang Qis nak, Qis boleh pergi tapi apa-apa risiko Qis tanggung sendiri. Abang tak ambil kisah pasal hal itu." Akhirnya Hairul berlembut dengan aku. Namun aku tetap terluka dengan perlakuan Hairul pada aku malam itu.
"Dah jangan nak menangis lagi, mari abang hantar Qis balik esok ada kuliah nanti lambat pula esok" pujuk Hairul pada aku dan aku hanya turuti arahan Hairul. Lalu kami beredar dari tempat tersebut. Sepanjang perjalanan itu aku hanya membisu tanpa berbicara seperti biasa. Sekali sekala aku menjeling pada Hairul melihat wajah yang kekadang aku lihat kesian itu, namun malam itu aku tidak boleh bertolak ansur dengan sikap Hairul yang sememangnya buat aku terluka.

Setiba di hadapan rumah aku, aku terus keluar dari kereta tanpa sepatah kata, entah malam itu benar-benar buat aku tersentuh dan sensetif sekali. Aku tidak menghiraukan apa yang Hairul katakan pada aku. Aku terus masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah Hairul. Sejak dari malam itu aku  tidak menghubungi Hairul mahupun bertemu dengan dia seperti rutin biasa. Soal champing anjuran Kelab Remaja oleh pihak kolej membuat aku tawar hati dan tidak ada masa untuk memikirkannya. Hampir dua minggu aku dan Hairul tidak berhubung begitu juga dengan Hairul tidak menghubungi aku. Masing-masing menunjuk ego sendiri, aku mula tidak kisah dengan Hairul sebabnya Zahirul menjadi penawar kepada aku. Namun sejak Zahirul pergi Champing aku rasa sunyi tanpa gelak tawa dan usikan daripada Zahirul.

Seperti biasa selesai saja kelas aku terus balik ke rumah, namun entah apa yang membuat aku berat kaki melangkah keluar dari pintu belakang seperti biasa tapi hari itu aku keluar ikut lobi utama. Tanpa diduga Hairul telah menanti kehadiran aku di hadapan pintu kolej, seketika aku terpegun bila melihat Hairul dengan wajah yang ceria.
"Hai Qis, apa khabar?" Sapa Hairul dengan sebuah senyuman. Aku menjadi hairan kenapa tiba-tiba Hairul bersikap demikian.
"Baik.. abang pula" jawab aku dalam kebingungan. Entah apa pula motif Hairul kali ini.
"Abang rindukan Qis, abang terasa teruji sangat-sangat selama 2 minggu ni." Balas Hairul pada aku sambil memegang tangan aku dan mengajak aku ke arah keretanya. Aku hanya menuruti saja kehendak Hairul. 

Dalam perjalan aku hanya membisu dalam kebingungan, hairan dengan perlakuan Hairul apa yang mengubah dirinya sehingga berlembut dengan aku, tiba-tiba..
"Qis kita ke Karambunai yer" ajak Hairul pada aku, aku mula gelisa dengan perubahan Hairul. Entah apa yang difikirkan oleh dia sebenarnya.
"Nak buat apa kat sana?" tanya aku pada Hairul.
"Kita tengok sunset kat sana, cantik tempat tu bila sunset" jawab Hairul pada aku, aku hanya membisu tanpa membantah. Setiba kami di Karambunai, Hairul mengajak aku ke tepi pantai sambil berjalan di gigi air. Petang itu aku merenung jauh ke wajah Hairul yang penuh tanda tanya dalam mindaku ini, lalu kami duduk di pinggir pantai. Tergerak dihatiku untuk bertanyakan Hairul apa yang tersirat dikepalanya.
"Kenapa abang tiba-tiba berubah? Apa yang ada di dalam hati abang tu?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Hairul.
"Kenapa?" Tanya Hairul padaku pula.
"Qis tidak faham, tiba-tiba saja abang jadi macam ni, Qis sangsi terhadap abang seolah-olah ada sesuatu abang sembunyikan." Tanya ku lagi pada Hairul.
"Dalam seminggu dua ni, abang banyak berfikir dan tanya diri abang. Kenapa abang sering pentingkan diri abang tanpa memikirkan diri orang lain, tapi jawapan yang abang dapat kerana abang takut akan kehilangan Qis. Cukup pengalaman lalu mengajar abang lebih berhati-hati. Qis, abang minta maaf kerana sikap abang terlalu mementingkan diri abang." Jelas Hairul pada aku dengan penuh kekesalan.
"Qis dah lama maafkan abang, tapi abang janji tak ulangi lagi yer" balas aku tanpa ragu pada Hairul dan juga penuh keyakinan.
"Terima kasih Qis" balas Hairul dengan senyuman.
"Tengok kat sana tu cantiknya matahari dah mula tengelam" kataku pada Hairul mengubah tajuk perbualan kami petang itu.
"Tengok tu belum habis orang cakap dah tukar topik" balas Hairul pada aku.
"Saja takut tengok mata abang yang mengoda tu" usik aku pada Hairul.
"Yeker mengoda" tanya Hairul sambil ketawa kecil.
"Dah jangan nak perasan ok, puji sikit dah kembang" balas aku pada Hairul. Lalu kami ketawa bersama.
*  *  *  *
Kini hubungan kami telah masuk dua tahun. Macam-macam ujian dan rintangan kami harungi namun kami tetap teguh bersama.
"Hari ni merupakan ulang tahun yang kedua perhubungan kita Qis" peringat Hairul pada aku.
"Erm.. kenapa, abang ada cadangan ker?" jawab aku pada Hairul.
"Let's celebrate to night" Ajak Hairul pada aku.
"Ok, nak celebrate kat mana?" tanya aku lagi.
"Yang tu rahsia, malam nanti baru Qis tahu ok" jawab Hairul berahsia.
"Rahsia ler pula, tapi malam ni abang kena hantar awal ok, esok Qis ada exam" balas Qis tersenyum.
"Ok sayang" balas Hairul membalas senyuman itu.


Saban hari hubungani kami berdua semakin erat. Namun kami tidaklah sampai melampui batas-batas agama. Hairul sangat menghormati pendirianku. Namun ada perkara yang membuat aku tidak senang dengan diri Hairul iaitu Hairul mula mengongkong setiap aktiviti aku sehinggakan hal keluarga aku juga dijaganya. Pernah sekali aku hendak ke rumah sepupuhku yang kebetulan pada masa itu Hairul outstation dan aku pula hendak menghadiri majlis pertunangan sepupuhku tersebut. Namun apa yang membuat aku berkecil hati ialah Hairul tidak membenarkan aku pergi ke majlis itu dan mahu aku hanya duduk di rumah saja, namun atas pujukan serta rayuan aku pada Hairul akhirnya dia bersetuju. Tapi apa yang membuat aku terkilan ialah setiap saat Hairul pasti akan menghubungi aku melalui telefon bimbitku. Sehinggakan aku tidak senang duduk dibuat olehnya. Antara sebab yang membuat Hairul bertindak sedemikian adalah sikap cemburu dan kurang yakin terhadap diri aku. Tapi apa yang dilakukan oleh Hairul aku tidak mengambil kisah malahan aku berterima kasih padanya kerana menjaga dan perhatian pada aku. Tak pernah aku rasa diriku ini diberi perhatian sedemikian oleh Hairul, cukup aku katakan bahawa aku amat menyayangi diri Hairul walaupun diperlakukan seperti seorang kanak-kanak. Bagi aku Hairul adalah segala-galanya dalam hidupku ini, tanpa Hairul aku tidak dapat membanyangkan betapa diriku kehilangan dan kesunyian. Pernah sekali aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan aku bila Hairul outstation selama sebulan atas urusan kerja, aku seolah-olah kehilangan benda berharga walaupun Hairul kerap menghubungi aku namun tidak bermakna rindu yang aku tanggung akan terubat. Hampir separuh gila aku dibuatnya, entah ubat apa yang Hairul berikan kepadaku sehinggakan aku menjadi separuh gila dibuatnya.
"Kerja abang tu bila nak habis, Qis rindulah" tanya aku pada Hairul tanpa segan meluahkan perasaan rinduku ini padanya.
"Sabarlah sayang bukan lama lagi dua atau tiga hari lagi siaplah." Pujuk Hairul pada aku.
"Abang cakap senanglah orang yang tinggal kat sini bagai nak gila tunggu dia, jangan-jangan abang jumpa yang baru kut kat sana tu sebab tak nak balik lahi, sebab dah jumpa lebih cantik dari Qis kat sini" Geram aku pada Hairul sambil menguji kejujuran Hairul.
"Memang ada lebih cantik dari Monyet tau, suka hati jer cakap abang dah jumpa makwe kat sini yer, orang kat sini dah tak larat lagi duduk lama asyik memikirkan dia entah-entah dia kat sana tu yang da jumpa pakwe atau pun si Zahirul tu ganti tempat abang." balas Hairul mengenakan aku semula tapi sinis.
"Isk!! kesitu pula dia, mana ada Zahirul tu asyik mengata kat Qis tahu rasa nak menangis pun ada bila dia usik Qis" rajuk aku pada Hairul.
"Lah iyer ker? kut Qis dengan Zahirul ni yang perli abang kat sini ambik peluang" usik Hairul sengaja menambahkan sakit dihati aku ini.
"Isk!! abang ni kan saja nak sakitkan hati Qis tau" tambah rajuk ku lagi pada Hairul.
"Ok.. ok abang gurau ok janganlah marah saja nak bergurau dengan Qis, mana hati yang sakit tu biar abang bagi ubat supaya cepat sembut" pujuk Hairul di hujung talian sambil berjenaka.
"Abang ni saja tau, malaslah kalau macam ni" geram aku pada Hairul.
"Oklah sorry abang tak buat lagi" pujuk Hairul manja padaku.
*  *  *  *
"Qis malam ni bermalam kat sini yer" ajak mama Hairul padaku. kebetulan hari itu keluarga Hairul mengadakan majlis kenduri kesyukuran menyambut cucu pertama keluarga Hairul.
"Erm.. Qis tak pasti lagilah makcik" balas ku sedikit malu.
"Alah esokkan hari minggu bukan ada kelas, tak apalah bermalam kat sini" pujuk mama Hairul lagi pada ku.
"Kalau ada orang dah ajak tu terima jer ler perlawaan tu" tiba-tiba Hairul muncul di hadapan pintu bilik. Masa tu aku dan mama Hairul sedang menyiapkan kotak dan mengisikan telur untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu malam nanti.
"Hmm.. kalau orang bermalam kat sini ada yang senang hati lah yerk makcik" sindir aku pada Hairul.
"Aiks! perli nampak. Memang ia pun kalau Qis nak balik pun abang memang tak nak hantar balik pun." Balas Hairul sambil mengenakan aku semula.
"Tak apa, kali ni Qis kena" Jawabku sambil merajuk.
"Terasa pula dia" balas Hairul manja sambil tersenyum. Sementara mama Hairul pula hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua. Memang tidak aku nafikan keluarga Hairul begitu menyayangi aku dan menyenangi akan diri aku dalam keluarga itu, terutama sekali mama Hairul.


Pada malam itu seperti yang dirancangkan oleh keluarga Hairul ramai yang hadir ke majlis tersebut, aku melihat kegembiraan kedua ibu bapa Hairul pada malam itu yang pertama kali mendapat cucu. Ramai yang hadir termasuklah sahabat handai dan juga keluarga kedua-dua pihak. Semasa di dapur aku sibuk membantu mama Hairul dan juga menyiapkan hidangan, tiba-tiba Hairul muncul di muka pintu dapur. Namun aku tidak menghiraukan akan kehadirannya yang ketika itu aku sibuk bekerja. Tiba-tiba..
"Huh! Hairul kenapa kau tercegat kat pintu tu?" tanya Mak Mah pada Hairul, aku hanya meneruskan kerja aku tanpa menghiraukan perkara tersebut.
"Alah Mak Mah tak senang duduklah tu" celah Sofia kakak ipar kepada Hairul.
"Kenapa pula?" Tanya Mak Mah lagi pada Sofia.
"Mana tak nya Mak Mah, girlfriend kat dapur buat kerja tak adalah orang nak layan dia" perli Sofia pada Hairul dan Hairul hanya ketawa kecil.
"Alah susah-susah sangat kahwin jer" tambah Mak Mah.
"Alah kak budak-budak sekarang" celah Mak Jah pula.
"Huh! Hairul bila lagi engkau nak kahwin?" Tanya Mak Mah pada Hairul. Aku mula tak duduk senang dengan situasi tersebut.
"Kahwin?! Erm susah nak jawab tu" jawab Hairul tergelak, aku hanya menjeling tajam pada Hairul.
"Umur kau tu makin meningkat, kahwin muda lah eloknya atau kau ni memilih sangat agaknya. Kalau susah sangat nak memilih biar makcik tolong carikan untuk engkau" balas Mak Mah pada Hairul sambil memberi cadangan. Hairul hanya tergelak besar.
"Calonnya dah ada makcik, terima kasihlah yerk" balas Hairul tersenyum sinis.
"Biarlah kak pandailah si Hairul tu uruskan dirinya sendiri, lagipun Hairul ni baru 24 tahun banyak masa lagi untuk fikirkan semua tu." celah mama Hairul yang dari tadi hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja celoteh telatah tetamu pada malam itu.
Bersambung..
* Sofia : Menawan

No comments:

Post a Comment